Ada kah ini satu lagi kes pembaziran duit rakyat; di bulatan jalan dekat rumah Speaker?

Bulan lepas, kami tercengang membaca yang laluan masuk ke kediaman rasmi Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia, kos RM1.4 juta.

Ada kah jalan itu di salut mas atau belian?

Tapi tahu kah anda yang bulatan di Jalan Tunku, dekat dengan rumah Speaker, mungkin menguntungkan kroni yang membekal barang barang yang mahal dan yang berelebihan.

Pertama. Mengapa bina papan tanda di tengah bulatan jalan, dan selepas tu, tanam pokok mengelilingi papan tanda itu?

Macam mana penggguna jalan raya nak nampak arahan papan tanda itu? Ini bukan saje membazir duit rakyat, tapi perbuatan yang bodoh.

Kedua. Di belah atas papan tanda itu ada jam electronik/digital yang besar.

Mana nak nampak jam di atas papan tanda ini, kalau ia di lindungi pokok sekeliling?

Ketiga. Kawasan ni, tempat kediaman orang yang kaya raya. Mereka yang duduk di kawasan ini mempunyai pemandu yang membawa tuan-tuan mereka dengan kereta rasmi. Kebanyakan drebar mereka pakai jam. Tak payah nak papan tanda yang berjam digital. Ini memang membuang duit rakyat.

Keempat. Kawasan ni jarang di lawati orang ramai, jadi jam dan papan tanda itu pasti membazirkan duit rakyat.

Adakah papan tanda ini khusus untuk kegunaan Speaker dan Datuk Bandar Wilayah Persekutuan, yang juga tinggal di kawasan ini?  

 

Kelima. Apa kos papan tanda mewah ini? Berapa juta? Kalau sekerat jalan masuk rumah Speaker, yang hanya 100 meter, memakan belanja RM1.4 million, papan tanda yang mewah ni mungkin lebih mahal.

Keenam. Berapa kos sebatang pokok yang di tanam mengelilining papan tanda ini?

Ketujuh. Siapa kroni yang membekal papan tanda yang tak senonoh ni? Siapa pembekal pokok?

Kelapan. Adakah Auditor-General, Madinah Mohamad, akan siasat harga papan tanda dan juga pokok-pokok yang mengelilingi papan tanda ini?

Kalau laluan masuk ke rumah Speaker Dewan Rakyat, RM1.4 juta, apa tah jam di bulatan jalan (roundabout) yang berhampiran?

MP dari pihak pembangkang sepatutnya membuat penyiasatan sekali lagi, tentang papan tanda mewah ini dan hargo pokok di bulatan di Jalan Tunku.

Komen
0Shares

Leave a Comment