Ahli politik acapkali mengecewakan kita, tetapi kita juga telah gagal

Ahli politik di Malaysia sungguh bertuah. Sesetengah parti tidak mempunyai dasar-dasar yang kukuh, tetapi kita masih lagi “undi” mereka untuk mewakili kita. Kemudian kita mengeluh, untuk lima tahun kemudian, yang mereka tidak berguna.

Ramai ahli politik berterusan memungkiri janji, dan kita masih tetap mengundi mereka. Mereka mempersonakan kita dengan kata-kata manis mereka, insentif wang, beras, susu tepung, sari, enjin bot dan rombongan membeli-belah ke selatan Thailand atau Medan. Berasa seronok dikagumi, kita kelihatan “terlupa” salah laku mereka, dan kemudian terseksa sehingga pilihan raya umum seterusnya, bila proses ini berulang-ulang.

Kita tahu bahawa ahli sesetengah parti yang korup, dan kita masih lagi mengundi parti itu. Ahli-ahli politik memberi alasan, atau permohonan maaf yang lemah, kerana tidak melaksanakan sesuatu perkara, dan kita mengangkat bahu kita seperti berkata, “Tidak mengapa.” Jarang sekali kita mengambil pengajaran!

Ianya tidak “OK” untuk membenarkan ahli politik mengulangi kesilapannya. Kesilapan mereka memberi kesan kepada kita, dan negara. Korupsi merampas wang negara yang boleh digunakan untuk meningkatkan hidup rakyat, seperti menyediakan pendidikan, penjagaan kesihatan, perumahan, infrastruktur dan ekonomi yang lebih baik.

Siasatan dan hukuman makan rasuah

Di negara barat yang lebih maju dan demokratik, penyalahgunaan elaun dan perbelanjaan oleh Ahli Parlimen akan mencetuskan penyiasatan, dan sejarah akaun perbelanjaan ahli politik itu akan disiasat. Pendedahan awam akan diikuti oleh peletakkan jawatan, pemecatan, permohonan maaf secara terbuka dan pembayaran balik perbelanjaan tersebut.

Di bahagian lain di Asia Timur, seperti China, ahli politik korup yang melakukan kesalahan mendapat hukuman dengan peluru di belakang kepala, dalam stadium, sambil diperhatikan oleh orang awam. Keluarga beliau akan dikenakan caj peluru tersebut. Pegawai tinggi di Korea Utara dan Jepun terkenal kerana membunuh diri, jika mereka tercemar dengan bau korupsi yang sedikit sekalipun.

Bersih 4 cuba untuk membuatkan kita berfikir sedalam-dalamnya tentang ketidakpuasan hati dengan demokrasi berparlimen di Malaysia. Ianya bukan sekadar tentang memakai warna kuning sebagai simbol protes, atau keperluan untuk pilihan raya yang bersih, sebelum empat permintaan lain dipenuhi.

Demokrasi di negara lain

Demokrasi yang lebih meriah wujud di Brazil. Tindakan masyarakat awam, terhadap korupsi, boleh mengerakkan protes jalanan, dengan ratusan ribu orang menghadiri protes yang dianjurkan, di beberapa bandar di Brazil.

Di Malaysia, mana-mana protes jalanan berhadapan dengan penolakan polis, dan pihak berkuasa mendakwa bahawa protes adalah haram. Tambahan lagi, penyokong parti pemerintah menganjurkan protes yang ditiru, yang bersikap perkauman, untuk menunjukkan taat setia kepada parti pemerintah. Kita masih lagi belajar.

Guatemala mencapai satu mercu tanda baru-baru ini. Serangan seluruh negara yang berlangsung pada 27 Ogos melumpuhkan negara itu, dan seminggu kemudian, Presiden Otto Pérez Molina mengemukakan peletakkan jawatannya. Sudah berbulan-bulan protes berjalan, di mana ratusan ribu rakyat menyuarakan kemarahan mereka tentang korupsi dan salah laku yang lain.

Pérez telah dipenjarakan, dan berhadapan tuduhan menerima rasuah dalam satu skandal korupsi kastam. Beliau hanya berpeluang kecil apabila Jawatankuasa Penyelaras Persatuan Agrikultur, Komersial, Industri dan Kewangan (CACIF), turut menuntut peletakkan jawatan beliau.

Ikan jerung terlepas, ikan bilis di tangkap

Di Malaysia, kita terlalu bertolak-ansur, terlalu memahami dan jarang meletakkan kepentingan hukuman. Hasilnya adalah jumlah wang yang terlibat dalam kes korupsi, kelihatan semakin besar.

Para pengkritik mendakwa bahawa hukuman sering bergantung kepada siapa diri anda, sama ada anda menikmati hubungan yang akrab dengan parti pemerintah, dan kedudukan sosial anda, atau keluarga anda. Ikan jerung terlepas, sementara ikan bilis menerima hukuman yang paling teruk. Adakah kita akan belajar?

 

Komen
0Shares

Leave a Comment