Ahli politik yang memperbodohkan orang Melayu.

Betulkah orang Melayu sangat lemah sehingga tak boleh tengok foto anjing, babi dan hidangan diperbuat dari daging babi?

Beberapa tahun lepas, nama hot-dog, untuk snek frankfurter dalam roti bun, tidak di benarkan.

Tahun lepas, kemeja-T yang dibuat khas untuk Tahun Baru Cina telah dicetak dengan 10 kartun daripada 12 haiwan dalam Zodiac Cina. Gambar anjing dan babi tidak ditunjuk.

Beberapa dekad lalu, piggy bank, iaitu balang kecil yang diguna kanak-kanak untuk menyimpan wang, telah diharamkan.

Macam mana dengan kartun Scooby-Doo, atau cerita Lassie? Adakah program ini akan hentikan?

Isu ini tak kena mengena dengan agama

Isu ini tidak ada kena mengena dengan agama. Isu ini mengenai kawalan minda Melayu untuk kekal berkuasa, atau dalam kes Umno-Baru, untuk mendapatkan semula kuasa.

Selama 61 tahun, Umno-Baru, PAS dan pelbagai individu dan NGO yang menyokong agenda pengendalian minda ini, telah melumpuhkan fikiran Melayu. Jangan biarkan mereka berbuat demikian.

Adakah orang Melayu begitu lemah, mereka tersinggung bila melihat gambar anjing dan babi?

Tapi, orang Melayu yang tinggal di luar negara, yang melihat gambar babi dan anjing, setiap hari, tak tersinggung dan mereka tak ada masaalah.

Orang agama Hindu tidak pulak tersinggung melihat gambar hidangan daging lembu.

Vegan dan penganut Buddha tidak tersinggung melihat foto hidangan yang mengandungi daging.

Penyelesaian isu.

Isu ini senang di selesaikan.

Jangan biarkan diri anda dimanipulasi oleh orang yang mempunyai agenda politik.

Mereka hanya pentingkan diri mereka sendiri dan tidak peduli tentang anda.

Asalkan ahli politik boleh dapat kuasa, mereka tak kisah Melayu telah diperbodohkan. Photo 11 Bukan saje dalam mata orang Malaysia, tapi secara antarabangsa juga.

 

 

 

Komen
0Shares

Leave a Comment