Membanteras rasuah, amat penting, sama juga dengan menjaga keselamatan awam.
Apabila anda memandu dijalan raya, ada pernah tak di kelilingi oleh Mat Rempit, yang tendang pintu dan ketuk bumbung kereta anda? Anggota polis takde. Orang lain, ragu nak bantu. Pengalaman ini, sangat menakutkan.
Tapi, samseng bukan saja di jalan raya. Dalam Parlimen pun ramai samseng, kebanyakannya, dari parti Umno-Baru. Mereka cakap kasar. Mereka pembuli, suka hinakan kaum wanita. Malangnya, ada pemuda Melayu, dalam masyarakat, yang ikut contoh ahli parlimen samseng.
Pada 6 hb Mei, semasa bekas Menteri Perdagangan, Antarabangsa dan Industri, Rafidah Aziz, memberi ceramah di Lucky Garden, Kuala Lumpur, lebih 50 samseng upahan Umno-Baru/BN, atas motor kapcai, datang kacau, buat bising dengan horn, dan sengaja nak bagi huru-hara. Ini bukan kali pertama penyokong Umno-Baru BN, buat kacau.
Pada tahun yang kebelakangan, samseng Umno-Baru, telah berkumpul di luar ibu pejabat PKR, membakar bendera PKR, mengancam orang awam dan membinasakan harta awam.
2014
Pada 2014, ketua Pemuda Umno-Baru, Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Mohd Rafii dengan 50 samseng, pergi ke ibu pejabat DAP, dan menjerit “bunuh sahaja mereka!” dan mengancam nak bakar bangunan itu. Razlan tonyoh jari nya dalam muka Dr Ong Kia Ming. Samseng bakar patung dan binasakan harta awam. Polis tidak ambil tindakan, hanya tengok saje.
Dekat Pulau Pinang pula, samseng pemuda Umno-Baru menyerbu state assembly. Hartanah awam rosak dan keamanan diganggu.
Dalam kedua kejadian ini, ketua pemuda Umno-Baru tak kritik pun perbuatan samseng kumpulanya. PM Najib, macam biasa. tak bersuara.
2016
Pada November 2016, sekumpulan samseng menyerang Ahli Parlimen Amanah, Khalid Samad dan menyebabkan rusuhan dalam parlimen. Dua samseng adalah anak lelaki Ahli Parlimen Umno-Baru, Pasir Salak, Tajudin Abdul Rahman.
Selepas siasatan yang berlanjutan, akhirnya kedua lelaki itu didenda, hanya RM100 seorang. Ini hukuman ringan, walaupun kerusuhan di parlimen adalah perkara yang amat serius.
2015
Pada bulan Julai 2015, lelaki ini, (point at box), Shahrul Anuar Abdul Aziz, mencuri telefon bimbit dari Low Yat Plaza. Seorang peguam, mengalu-alukan nya macam pahlawan.
Pada Mac tahun ini, Shahrul datang ke mahkamah, berjobah dan kepiah putih kerana masuk sekolah tahfiz. Hakim bebaskan dia dan berkata, Shahrul boleh bertaubat.
Mengapa ya? Shahrul seorang pencuri, penagih dadah, penjenayah yang ganas, yang memula rusuhan perkauman. Ini bukan keadilan.
2009

Mohd Riduan Abdullah
Di Ipoh pula, seorang ibu, Indira Gandhi, menderita, kerana polis masih tak dapat cari bekas suaminya, Muhammad Riduan Abdullah, yang culik anak perempuan mereka, sembilan tahun lepas. Sekiranya anda seorang ibu, bayangkan kesedihan Indira.
2017
Sampai sekarang, polis tidak dapat mencari empat orang yang telah diculik. Mereka ia lah Pastor Raymond Koh, Amir Che Mat, Joshua Hilmy dan isterinya Ruth. Tetapi, polis cepat menangkap kartunis, Zunar dan orang di facebook yang kritik Najib.
2017
Pada November tahun lepas, samseng Umno-Baru mengganggu “Forum Nothing To Hide 2.0” semasa bekas PM, Dr Mahathir Mohamad memberi ucapan. Mereka nyalakan suar dan bunga api, untuk menakutkan para hadirin.
Mat rempit dan samseng Umno-Baru tidak hormat orang biasa, orang tua, ahli parlimen, bekas menteri dan juga bekas perdana menteri.
Yang melindungi samseng-samseng ini, ia lah pentadbiran Najib. Deorang tak peduli, peraturan.
Pilih lah kerajaan yang akan menegakkan undang-undang. Kita nak polis, tangkap penjenayah, ahli politik yang makan rasuah dan samseng. Kita nak hakim, yang menghukum pencuri, bukan hakim yang menolong saje, “member” mereka.
Selepas dijajah Umno-Baru selama nam-puluh-satu tahun, kita nak hasil dari pentadbiran yang bagus. Kita nak keselamatan awam, bukan buku manifesto yang agak tebal, dan janji kosong yang berulangan.
Jika anda buat diam, tak ambil tindakan, Najib akan menang.
Jadi, keluar undi esok, dan Selamatkan Malaysia.
Leave a Comment