Arak Di Majlis  Peguam  – Islamofasis Buat Hal!

Islamologis, penulis dan kreativis, Farouk A Peru, bidas alasan peguam Amir Bahari, untuk mengharamkan arak di upacara Majlis Peguam.

Saya sudah lama kenal perkataan ‘privilege’ dalam Bahasa Inggeris tetapi baru saya tahu yang ia diterjemahkan kepada ‘keistimewaan’ dalam Bahasa Melayu. Orang Melayu-Islam memang terlalu obses tentang hak-hak keistimewaan mereka. Mereka mahu dunia ini sujud kepada mereka.

Masalahnya, dunia tidak berfungsi begitu. Dunia ini termasuklah manusia yang pelbagai cara hidup mereka dan kita perlu menyedari hakikat ini.

Gelagat Islamofasis (iaitu aliran pemikiran Islam yang gemar menindas and menundukkan manusia) memang melucukan di Malaysia. Mereka mahu semua orang hormatkan, malah lebih dari itu, tunduk patuh kepada mereka.

Semua dasar pun kena ikut kerenah mereka. Yang terkini ialah penyajian arak di upacara-upacara Majlis Peguam. Peguam penunggang agama yang telah kalah teruk dalam pilihanraya Majlis Peguam KL tidak lama dulu, Amir Bahari, telah mencadangkan yang arak patut diharamkan di upacara-upacara majlis tersebut.  

Presiden Persatuan Peguam Islam Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar, juga telah menzahirkan sokongan kepada usul ini. Kata mereka, penyajian arak di upacara-upacara Majlis Peguam membuatkan peguam-peguam Islam rasa keberatan untuk menyertai upacara-upacara tersebut. Arak menyentuh sensitiviti umat Islam. Lebih-lebih lagi, ia membahayakan kesihatan.

Banyak la hairan.

Konsep hidup bermasyarakat

Masalah dengan Islamofasis dan kaum kerabat mereka ialah mereka tidak faham konsep hidup bermasyarakat. Mereka hidup dalam ilusi yang mereka masih lagi dalam daulah Islamiyah kuno mereka.

Kononnya, pada zaman itu, syariat Islam dijalankan dan rakyat jelata hidup seperti syurga di dunia. Ini adalah ilusi ‘feel good’ mereka semata-mata.

Sebenarnya, khalifah-khalifah Umawiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah, menurut sejarah mereka sendiri, adalah kaki mabuk dan mempunyai beratus gundik!

Kita perlu sedar yang kita bukanlah satu-satunya bangsa dan agama di Malaysia. Terdapat bangsa-bangsa yang berlainan agama dan mereka juga mempunyai hak untuk hidup dengan gaya hidup mereka sendiri.

Mereka tidak memaksa sesiapa pun untuk minum arak. Kenapa perlu ia ‘menyentuh sensitiviti’ kita pula? Jika tidak suka, duduk lah bersasingan, buat klik masing-masing dan jadilah kera sumbang.

Tidak hairanlah yang umat Islam, semakin dipencilkan oleh masyarakat dunia. Kita hanya mahukan orang hormat kepada kita, kita sendiri tiada hormat untuk orang.

———————————————————————————————————————
Farouk A. Peru

Artikel ini pendapat peribadi penulis, dan tidak semestinya mewakili pandangan www.mm4.co.

Farouk A Peru: Penulis, Islamologis, kreativis dan kolumnis tetamu, ia lah seorang warganegara Malaysia yang berani berhadapan dengan pihak Islamofasis.

Komen
0Shares

2 Comments

  • Ricky Chong says:

    This is a.wonderful world created by God for all.mankind of multi races , religion, colour, and creed.Any human being has the right to live his life the way God allow him or her to see the right to live. This world is no heaven or hell! Dont try to.play God to change it . It will always remain a mortal cruel world as God has created it.

  • Muhammad Gowdh says:

    Aku sokong 100% walaupun tentu akan dibidas Sdr. Amir Bahari dan Sdr. Zainal Rijal kerana aku dianggap penganut ‘LIBERALISME’. Biar lah digelar liberal asal bukan hipocrit (hypocrite)/ munafiq.

Leave a Comment