Rakyat Malaysia suka makan, tetapi ramai yang tak peduli kalau tempat makanan itu kotor atau tidak, asalkan makanan tu enak, berselera dan murah.
Bila masanya kita dapat mengubah minda, dan pentingkan kebersihan dan keselematan makanan?
Kalau bahagian restoran yang boleh dinampak, membuat kita rasa jijik dan nak muntah, bagaimana pula dengan bahagian restoran yang kita tak nampak, seperti kawasan khas untuk kakitangan, macam dapur, bilik stor dan ruang belakang, dimana makanan disediakan?
Beberapa orang sanggup makan di tepi longkang yang busuk, dan penuh dengan sampah. Mereka tak kisah, bila tikus sebesar kuching bermain di bawah meja makan, dan tak risau sayuran disimpan atas lantai basah diluar bilik tandas.
Beberapa pelanggan berpendapat yang selama ini, mereka tak pernah jatuh sakit atau pun jangkit penyakit kuman tikus, akibat memakan di tempat kotor.
Bulan lepas, rakyat marah bila menonton klip video pekerja Restoran Banana Leaf Raj, membasuh pinggan mangkuk dengan air keruh dalam lubang jalan, di belakang kedai.
Pihak berkuasa bertindak menutup restoran ini, pekerja diberi ubat anti tipus dan dihantar kursus pengendalian makanan.
Kebetulan nya, restoran dan warung yang kotor, bukan fenomena baru.
Orang telah menyaksi pekerja mengguna mop untuk membersihkan lantai, dan lepas tu, guna mop yang sama, untuk cuci atas meja.
Towala untuk membersihkan tumpahan di atas lantai, lepas tu di guna untuk mengelap permukaan kerja bekas memotong daging mentah, kemudian pulak, diguna untuk membersihkan meja makan untuk pelanggan baru.
Makanan yang di masak belah pagi, terdedah dalam bekas terbuka. Lalat hinggap atas makanan, dan kalau perhati dengan teliti, bertelur atas makanan yang terdedah.
Bila kesan gincu di tinggal pada gelas yang tak di basuh betul2, kadang kala kita tak minta gelas yang bersih, tetapi pusing saje gelas tu supaya bibir kita tak menyentuh tanda lipstick tadi.
Kita sebagai pelanggan mesti pentingkan kebersihan oleh pekerja semasa menyediakan makanan, pastikan yang tempat makan, pinggan mangkuk, periuk belanga, stor, lantai dan sekeliling tempat makan, semua bersih. Kalau kita berbuat demikian, tuan punya kedai terpaksa sikap bertanggung jawab terhadap kebersihan. Jikalau kita buat tak kisah, dan hanya nak makanan sedap dan murah, pemilik kedai dan pekerjanya, akan jadi malas dan tak akan utamakan kebersihan.
Ada empat faktor yang penting.
- Pelanggan mesti mengadu, baik kepada pihak pengurusan kedai makan dan pihak berkuasa, jika mereka melihat sesuatu, yang salah atau tidak bersih.
- Terdapat dakwaan yang pegawai penguat kuasa hanya muncul apabila sebuah restoran baru dibuka dan enggan membuat pemeriksaan biasa dan pemeriksaan terkejut selepas itu.
- Pekerja mesti ambil tahu hak2 mereka dan paksa majikan mematuhi undang-undang, termasuk latihan dan menggalakkan amalan kerja yang selamat. Kalau tak, pekerja mesti buat repot kepada pihak berkuasa.
- Pemilik restoran harus memberi peruntukan untuk semua kemudahan urusan peniagaan, seperti kawasan untuk mencuci pinggan mangkuk. Restoran Raj Banana Leaf gagal dalam perkara ini.
Jadi, ambil perhatian dan tindakan kalau restoran itu kotor. Jangan nak makanan murah dan enak saja.
Kalau kita pentingkan keselamatan makanan, maka pengurus restoran terpaksa melaksanakan tanggung jawab mereka.
Leave a Comment