Adakah ini persaingan antara dua adik beradik, Azwan Ali, adik lelaki kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali, atau suatu cara untuk Azwan mendapat peranan yang besar dalam GE-14?
Azwan telah di temui bersama dengan Jamal Yunos, di Perhimpunan Agung Umno semalam, 6 Disember.
Kumpulan mereka berpakaian baju merah (sila lihat di bawah), tapi seorang pemerhati berkata, “Apa yang di pakai Azwan? Jobah merah? Skirt panjang merah? Cheongsam merah? Dia mewakili Wanita Umno-Baru ke? Pelik betul kelakuan nya.”
Azwan telah berikrar nak ‘menjahamkan’ dan menjatuhkan kerajaan Azmin di Selangor. Ia beritahu wartawan yang ia akan mendedahkan rahsia mengenai abangnya, yang ia telah simpan beberapa tahun.
Mengikut nya, kehadiran nya di perhimpunan Umno adalah sebagai “hadiah” kepada Perdana Menteri, Najib Abdul Razak.
Azwan juga menyatakan beliau sudah lama mendendami abangnya yang ia berkata tidak menghargai jasa adik beradik. “Saya simpan (dendam) selama lima tahun. Apa jenis abang kau menang besar, aku jual maruah aku sebagai artis, aku hilang pekerjaan, RTM hitamkan aku sebab aku datang macam ini berdiri di belakang Azmin sebelum ini.”
Pergi jahanam
Pada hari itu juga, Azwan mengkritik penyanyi terkenal, juga Ratu Jazz Malaysia, Sheila Majid.
Melalui twitter, Sheila bercakap tentang kos hidup yang semakin meningkat di Malaysia dan juga nilai ringgit yang lemah.
Azwan berkata “Bila dia meroyan seperti itu, itu merosakkan generasi baru. Anda (Sheila) kononnya artis besar, kalau kau berjaya, kau ada datuk, kaya raya, ada pengikut berjuta bukankah kerana kerajaan. Go to hell (pergi jahanam).
“Saya rasa dia zaman sudah jatuh, bila lagi hendak popular, tetapi tidak boleh lawan Azwan Ali punya viral.”
Seorang pengkritik filem berkata, “Sheila menjadi penyanyi terbesar di Malaysia kerana usaha dan kerja kerasnya sendiri. Ia memikat ramai peminat di Jepun, bermain “full-house” di Royal Theatre di London, dan merupakan pelawat tempatan pertama di Dewan Filharmonik Petronas.
“Tapi, Azwan tu siapa? Tiada perbandingan.
“Biasanya, pelakon yang menunjukkan tingkah laku yang melampau melakukannya untuk satu sebab sahaja. Mereka dah lama tak menerima kerja lumayan, jadi mereka menunggu kesempatan untuk melakukan sesuatu yang luar biasa, untuk mendapatkan publisiti maksimum.
“Kelakuan Azwan, menuduh Sheila, ini untuk mendapat perhatian. Ia semudah itu.”
Seorang lagi pemerhati politik berkata, “Persaingan antara adik beradik Azmin Ali sangat pelik. Pada PRU-13, adik perempuan Azmin, Umi Hafilda menimbulkan masalah. Pada PRU-14, giliran adik lelakinya, Azwan .”
====================================================================
Kekeliruan penglihatan

Selebriti terkenal di temui di Pusat Dagangan Dunia Putra

Mata kompaun lalat
Leave a Comment