Kelmarin, ketika Muhyiddin Yassin berucap, dia beri amaran pada mereka yang enggan mematuhi SOP membendung penularan Coronavirus.

Ia berkata:”Maaflah jika ‘abah’ ini mula menggunakan rotan.”
Kalau ya begitu, bila Muhyiddin nak rotan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali, yang tidak patuhi undang2 dan digelar “Hero” oleh PAS?
Khairuddin tidak layak jadi ahli Kabinet. Dia tidak mengikuti perintah kuarantin kendiri selepas pulang dari Turki. Dia melanggar undang-undang dan patut di pecat.
Hampir dua bulan semenjak ia tidak ikut perintah SOP kuarantin, masih tiada tindakan terhadapnya.
Rakyat biasa, termasuk warga emas, ditahan polis, diheret mahkamah, didenda, dipenjara dan kena pakai gelang pink Kementerian Kesihatan.
Tetapi Khairuddin tetap besor kepala. Mengikut pemikirannya, menteri boleh maharajalela. Dia tak faham yang tindakannya sebagai menteri, haruslah lebih tegas kerana pemimpin jadi contoh.
PAS terus guna koran untuk menghalalkan yang haram (burung hud hud Nabi Sulaiman). Tapi, apabila parti lain buat salah, semua tu tak betul, semua berdoa, masuk neraka, menghina Islam dan menghancur Melayu.
Ahli politik PAS nampak kuman diseberang laut, tetapi gajah di depan mata, depa tak nampak.
Ini dia 10 alasan ahli politik PAS menyokong Khairuddin.
- Bila Presiden PAS, Hadi Awang ditanya wartawan, mengenai pelanggaran SOP oleh Khairuddin, Hadi elak menjawab soalan. Sebaliknya, dia cerita tentang dosa yang bertentangan dengan Islam dan moral. Mungkin Hadi tak faham yang melanggar undang2 itu berdosa dan tidak bertanggung jawab ialah isu akhlak.
- Mursyidul Am PAS, iaitu Hashim Jasin, berkata yang Khairuddin seorang “hero”. Ia kaitkan Khairuddin dengan kisah burung hudhud Nabi Sulaiman. Dia terus mempertahankan Khairuddin dan tuduh Kementerian Kesihatan dan Hal Ehwal Luar Negeri kerana cuai. Hashim tak faham ke, yang seorang hero atau pahlawan, menyelamatkan orang lain. Tetapi hero PAS selamatkan diri sendiri dan tak peduli tentang kesihatan orang lain.
- Naib presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man bandingkan Khairuddin dengan pemandu lori dan juruterbang. Ia kurang faham peranan besar pemandu lori dan juruterbang. Mereka bekerja kuat mencari nafkah. Khairuddin buat kerja apa? Kalau Khairuddin tak menteri Kabinet, rakyat tak akan sedih, tetapi kalau takde drebar lori sayur dan juruterbang, kita tak dapat bekalan sayur segar, dan tak dapat naik kapalterbang.
- Khairuddin ingat rakyat boleh di beli dengan duit. Rakyat tak suruh dia bagi 4 bulan gaji ke tabung Coronavirus. Itu hal peribadinya. Rakyat nak dia letak jawatan sebagai menteri. Rakyat bijak menilai diri seseorang Menteri, dan sebagai menteri, tindakan terhadap nya harus lebih tegas.
- Kes Khairuddin soal tanggung jawab dan intergriti seorang pemimpin yang patut bertanggung jawab terhadap negara dan bangsa. Tapi Khairuddin hanya minta maaf, setelah dikutuk. Dia ingat rakyat puas dia sudah minta maaf. Machik gelang pink itu ada minta maaf di mahkamah tetapi kesalahan tetap kesalahan, dan ia di denda RM 8000 dan dipenjara 1 hari. Sampai hari ini, Khairuddin masih tidak dihukum.
- Ada 2 darjat di Malaysia. Menteri dan ahli keluarga mereka. dapat layanan khas, tetapi rakyat biasa di tekan. Khairuddin cuma kena denda RM1000 sahaja. Dia hanya berbuat demikian setelah dikritik oleh pelbagai pihak, termasuk rakyat.
- Hairan sungguh siasatan menteri tidak melibatkan mahkamah. Jelas sekali Muhyiddin takut hilang satu kerusi, jika Khairuddin di denda lebih RM2000 dan di penjara, kerana status MP akan gugur dan ia tidak boleh bertanding dalam pilihanraya selama 5 tahun. PN akan tergantung.
- Menteri luar negara New Zealand, Scotland dan Canada, yang langgar undang-undang SOP Coronavirus dan kuarantin, semua letak jawatan. Kalau di Jepun, dah lama mereka akan bunuh diri secara harakiri, kerana menjatuh maruah komuniti, bangsa dan keturunan mereka. Tetapi menteri Melayu Islam PAS, tak tahu malu, sama seperti sibanduan Najib Abdul Razak. Lagi teruk jenayah nya, lagi kuat kebanggan mereka. Kita kena berterima kaseh pada Teresa Kok dari DAP yang beritahu parlimen tentang perangai Khairuddin. Ramai orang Melayu telah diperbodohkan Umno-Baru dan PAS dan sekarang tak faham erti maruah. Mereka sudah lupa apa yang nenek moyang ajar tentang maruah.
- Andai kata, jika menteri ini telah dijangkiti Coronavirus semasa di-luar negara, kembali ke Malaysia tanpa menjalani kuarantin kendiri, mungkin beribu-ribu orang yang akan dia jangkiti, seperti yang sudah berlaku di Sabah.
- Khairuddin hanya beritahu yang ia telah di kompaun setelah beberapa minggu dia pulang dari Turki. Ini macam ada cover-up dari KKM
Menteri PAS kata nak berjuang menegakkan agama islam tetapi perangai mereka lebih teruk dari menteri agama lain. Ahli politik PAS lebih sayang jawatan, wang dan pangkat.
Rakyat jaga Rakyat, tetapi Menteri jaga poket, jawatan dan kuasa mereka.

Leave a Comment