Pada 2 Februari, pekerja pembersihan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) terkejut apabila Mentri Besar (MB) Perak, Zambry Abdul Kadir menaiki lori sampah dan mengiringi mereka pergi kutip sampah di pusat bandar Ipoh serta beberapa kawasan perumahan.
Zambry nyatakan yang ia dan rakan nya, Datuk Bandar Ipoh, Zamri Man, sedang melakukan pemeriksaan di beberapa kawasan di sekitar Ipoh. Ia berkata yang “penyertaannya” tidak di rancang dan di buat secara mengejut, kerana ia tidak mahu pekerja membuat persiapan, untuk nya.
Beliau juga nyatakan yang ia ingin mendekati pekerja serta mewujudkan semangat kerja berpasukan.
Kalau kenyataan Zambry itu benar, yang ia hendak mendekati pekerja Ipoh, mengapa pula ia di iringi jurukamera dan juga wartawan? Ini seolah olah ia membuat persediaan awal untuk GE-14 untuk mendapat lebih publisiti.
Zambry nafikan yang ia berlagak untuk mendapat publisiti (election gimmick) sebelum pilihan raya yang akan datang.
Kawasan miskin dan kawasan kaya
Ramai orang sering menyebut yang kawasan kaya seperti Tiger Lane dan Jalan Thomson, tak ada masaalah kutipan sampah. Tetapi sampah di kawasan miskin, jarang di kutip.
Jika Zambry ikhlas hendak membuat Ipoh sebagai bandar raya terbersih di Malaysia, dia patut datang ke kawasan miskin dan saksi kekotoran di kawasan ini.
Gambar berikut menunjukkan masaalah sampah di kawasan miskin.
Penduduk di Bercam, Chemor dan Ipoh Garden East menunggu kehadiran Mentri Besar, Zambry, untuk menyelesaikan masaalah sampah mereka.
Lagipun, bukan kah Zambry mengamalkan prinsip ‘3P’, iaitu pendekatan, turun padang dan penyelesaian?
Jalan Chemor
Ipoh Garden East
Jalan Bercam
Jalan Bercam
Laluan Bercam 12
Mungkin ada sesiapa yang menunggu pertolongan dari Ilahi untuk mengatasi masaalah sampah?
Cara kreatif MBI untuk memperbaiki lubang di jalan raya.
Photo Credits: Yin, Ward 5 TR
Leave a Comment