Bukan Rosmah saje yang mempunyai beg tangan jenama. Saya pun ada. Tapi lagi special

Ini beg tangan saya. Di dapati pree, percuma bila saya bila minyak wangi. Beg nya luas, macam Hermes Birkin, tapi ia bukan Birkin. Saya suka kerana banyak ruang boleh masuk magazine, suratkhabar, coklat, laptop, camera, pen dan buku nota untuk buat interview.

Yang lagi special tu kat bawah muka-surat ni. 

Polis menyiasat tiga kondonimium mewah, di Pavilion, Kuala Lumpur, dan kediaman mantan PM, Najib Abdul Razak, di Langgak Duta. Mereka merampas dokumen, 284 beg tangan, termasuk jenama Birkin, 72 bagasi berisi wang tunai dan juga barang kemas. Polis terpaksa guna lima trak, untuk mengangkut rampasan dari kondominium.

Minggu lepas, beberapa penyokong Najib melawat nya, di kediaman Langgak Duta. Salah satu daripada meraka, ia lah ahli Jawatankuasa Umno-Baru Bahagian Kota Raja, Nazilah Idris, yang giat mempertahankan Najib.

Ia menganggap Najib sebagai insan terpilih, dan memang orang kaya, semenjak kecil lagi, kerana dia anak perdana menteri, yang keturunan bangsawan. Lagipun, Najib menteri besar Pahang selama 30 tahun.

Nazilah kata tak perlu dipertikaikan tentang beg jenama, atau barang kemas yang di rampas polis.

Saya tak sangka pula, penyokong Najib tak ingin berfikir secara mendalam, dan tak tahu, tentang Abdul Razak Hussein, bapa Najib, yang galakkan jimat duit.

Nazir, adik Najib, cerita tentang masa mereka kanak-kanak dulu dimana mereka minta bapa mereka, membuat satu kolam renang di kediaman PM. Abdul Razak tengking mereka, dan ia berkata, duit rakyat sepatut diguna untuk rakyat, bukan di seleweng, untuk benda yang tak memberi faedah.

Kalau Nazilah pasang telinga, dia akan mendengar dakwaan, yang Mentri Besar beberapa negeri, buat duit jual lesen balak dan galian. Ini makan rasuah bukan kaya raya dari titik peluh sendiri.

Nazilah berpendapat yang begtangan, wang dan barang kemas tak perlu jadi isu, kerana ia tidak berkait, dengan 1MDB.

Mungkin juga Nazilah ni jahil, atau dalam keadaan penafian, atau memang blur.

Mana Najib mampu bayar 284 beg-tangan jenama, dengan gaji PM yang lebih kurang RM23,000 se bulan. Beg-tangan Rosmah tak kan dia beli kat Petaling Street, atau Giant, atau di kedai Jalan Masjid India.

Beg-tangan Hermes-Birkin kegemaran Rosmah. Birkin yang paling murah, lebih-kurang RM40,000 se biji. Kalau semua beg jenama dalam rampasan tu, semurah ini, maka harga rampasan tu saje, dah dalam golongan RM11,500,000.

Ada beg tangan Birkin yang RM7.5 juta, kerana berlian dan emas, 18 karat, dalam gesper nya

Ada juga beg Birkin yang lebih murah, hanya RM1,500,000 saje. Di perbuat dari kulit buaya puteh Himalaya, dan gesper beg, yang mengandungi, 242 berlian dan emas 18 karat.

Kalau saya dapat satu saje beg yang RM1,500,000 ni, saya boleh beli  tiga atau empat apartment mewah kat Ipoh. Kalau kat KL, mungkin dapa beli satu apartment yang mudah, beli kereta baru yang sederhana, pergi “round-the-world-tour” selama dua bulan, dan masih ada baki duit.

Tapi, kalau duit RM1,500,000 di perolehi lelaki Umno-Baru, dah lama dah kahwin lagi, dan berbulan-madu di Paris. Bila balik Malaysia, dia akan beli sebiji kereta sport untuk bini muda.

Penyokong Najib, mesti tanya, diri mereka. Dari mana Najib dapat duit yang beratus juta ringgit? Apa sumber duit ni? Mengapa simpan kat rumah? Apa salah bank? Ni duit haram atau halal?

Penyokong-penyokong Najib senang di pengaruhi, dan mudah di tipu. Mungkin juga, mereka ni percaya, cerita Rosmah, menabung semenjak dia remaja.

Oh ya, balik pada beg saya. Kawan baik nak hadiahkah saya beg jenama ni. Suka tak?

Komen
0Shares

Leave a Comment