Pada 14 September, ketua menteri sementara Sabah, Shafie Apdal, buat dakwaan yang serius, semasa berkempen di Kunak.
Ia mendakwa yang sebelum pemeriksaan, daripada satu juta ekar tanah kerajaan yang di miliki Yayasan Sabah, hampir 700,000 ekar tidak jelas dimiliki oleh siapa.

Dia merujuk peta tanah dan dokumen. Dia namakan orang yang terlibat yang ia dakwa ia lah bekas ketua menteri (KM) dan adiknya, yang bekas menteri persekutuan. Dakwaan nya, bahawa tanah hutan simpanan diedarkan pada kawan serta keluarga bekas ketua menteri.
Anda mungkin tak tahu berapa luasnya 700,000 ekar? Untuk perbandingan, kita boleh guna negeri yang kecil sekali di semenanjung, ia itu negeri Perlis.
Perlis lebih-kurang 202,000 ekar luas nya. Jadi yang diberi oleh bekas KM ke kawan, kroni dan keluarga, seluas 700,000 ekar, ia lah lebih-kurang tiga-setengah kali saiz negeri Perlis.
Mana rakyat tak marah? Ni saya beri 10 sebab-sebab kalau tak percaya.
1. Dakwaan tanah negeri dibagikan member, bukan saja di Sabah. Isu ini juga berlaku di Sarawak dan negeri-negeri semenanjung Malaysia.
2. Bekas Ketua Menteri, anak beranak dan adiknya, boleh sapu tanah beratus ribu ekar. Rakyat nak pohon satu atau dua ekar tanah pun cukup payah.
3. Ada dakwaan bahawa tanah hak kerajaan dan tanah rizab melayu diedarkan pada kaum kerabat dan kawan-kawan terutama orang yang telah beri sumbangan peribadi pada pegawai pejabat tanah.
4. Semasa pemerintahan Umno-Baru, BN, PAS dan PN, rakyat dapat apa? Rakyat dapat BR1M, tapi yang betul untung ialah kawan dan keluarga ahli politik dan pemimpin.
5. Setengah orang dakwa yang tiada sesiapa buat laporan pada SPRM, itu sebab takde tindakan di ambil. Ada yang kata, takkan lah SPRM tak tahu menahu. Orang lain dakwa mungkin SPRM sengaja tak mahu ambil tahu. Jadi yang mana satu betul? Pemimpin kita suka salah guna kuasa. Pegawai SPRM mungkin takut siasat kerana takut kena buang kerja, atau tak naik pangkat atau kena transfer ke ceruk mana-mana dan akan hidup menderita. Tindakan yang rakyat ingini ialah pemimpin yang terlibat ditangkap dan harta mereka di rampas.
6. Rakyat Malaysia benci ahli politik dan penjawat awam yang makan rasuah, tak kisah jika mereka Melayu, Cina, India, Orang Asli, Iban, Kadazan, Bajau dan lain-lain.
7. Sama saje di Sabah, Sarawak dan semenanjung. Mereka yang berkuasa akan rebut tanah yang bernilai tinggi untuk diri sendiri, dan kroni mereka. Deorang tak kisah perbuatan ini halal atau haram.
8. Ada dakwaan yang kroni dan keluarga yang dapat tanah hak kerajaan, diberi kegunaan tanah selama 100 tahun. Ini bermakna empat keturunan dapat makan hasilnya. Kerajaan baru mesti mansuh perjanjian ini.
9. Dah 57 tahun penubuhan Malaysia, tapi yang kaya-raya orang politik. Ahli politik seakan ikan yu, dan kita di telan bulat-bulat. Pilihan semasa PRK, PRN dan PRU ditangan anda. Undi lah pemimpin yang berintegriti dan berprinsip.
10. Jangan undi Umno-Baru, BN, PAS dan PN. Ini seperti memberi kunci untuk peti besi, kepada pencuri.
Leave a Comment