Minggu lepas, suatu video telah disebarkan di social media yang menunjukkan seorang doktor meningking pesakit di satu Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan di Seremban. Jangan cepat nak salahkan doktor atau pesakit yang ganggu nya.
Isu mereka telah di selesaikan melalui rundingan. Tapi yang lebih penting, ialah Kementerian Kesihatan selesaikan pelbagai masaalah yang menyebabkan kes ini berlaku.
Satu. Memang betul doktor tak sepatut nya marah si pesakit. Tetapi, kalau anda doktor itu, anda akan marah kalau anda di ganggu semasa anda masih melayan pesakit yang lain. Pesakit yang terdesak ganggu doktor, menunjukkan sistem klinik yang tidak berfungsi.
Dua. Kita di beritahu yang pesakit yang menganggu doktor, telah jenoh pergi balik dari pharmasi ke doktor, nak dapat ubat. Sepatutnya, pharmasi boleh berhubung dengan doktor, dengan mudah. Mengapa sistem ini tidak berfungsi?
Tiga. Perkara doktor tengking berlaku kerana sistem perubatan Malaysia tak sihat. Terdapat banyak masaalah sistemik yang mendalam dalam peruntukan perkhidmatan penjagaan kesihatan utama kami. Kementerian mesti membetulkan masaalah sistem
Empat. Doktor selalunya melihat 70 hingga 100 pesakit setiap hari. Kadar ini agak tinggi. Apa sepatut nya angka pesakit ke setiap doktor supaya tidak kompromi keselamatan dan perkhidmatan rawatan untuk pesakit?
Lima. Ramai doktor terpaksa bekerja di bilik yang penuh sesak semasa nak selesaikan pelbagai aduan kesihatan. Mereka perlu tumpuan yang penuh. Kementerian patut memperbaiki keadaan tempat kerja mereka.
Enam. Banyak klinik dan hospital penuh sesak dengan pesakit. Adakah sistem perubatan kita kekurangan doktor? Tetapi kita juga di beritahu yang terlalu ramai doktor di Malaysia. Jadi, cerita yang mana satu betul?
Tujuh. Cara komunikasi yang mudah, antara ahli farmasi dan doktor perlu di adakan. Ini penting untuk mengelakkan masaalah seperti yang di alami dalam kes “doktor tengking” minggu lepas.
Lapan. Cabaran besar dihadapi oleh sistem perubatan Malaysia dan orang ramai perlu sabar dan faham akan kekurangkan sistem. Kementerian perlu ambil tindakan secepat mungkin.
Sembilan. Sistem pendaftaran RM1 di hospital tidak boleh dikekalkan. Penjagaan taraf kesihatan yang berkualiti tinggi perlu pelaburan lebih banyak wang.
Sepuluh. Untuk mengelakkan kejadian doktor tengking ini, kita perlu lebih ramai doktor dan beri lebih banyak latihan tentang pengetahuan perubatan, kemahiran lembut dan kemahiran dalam sebarang krisis.
Insiden doktor tengking minggu lepas, berlaku kerana sistem kesihatan kita perlu diperbaiki. Bukan semua orang mampu kesihaan swasta, tetapi, kualiti khidmat kesihatan umum boleh lebih di pertingkatkan.
(NB: Masaalah nya, pada ketika ini, saya tak tahu nak buat aduan pada siapa kerana parlimen telah di bubarkan dan semua menteri di pecat. Negara kita sakit politikus.)
Leave a Comment