Mengapa seorang bapa sanggup merogol anak nya sendiri?
Di mana keimanan dan hati perut, si datuk yang merogol cucu perempuan nya?
Bagaimana pula bapa saudara dan sepupu lelaki yang sanggup merogol gadis, yang sedarah sedaging mereka?
Kes Sumbang Mahram pertama:
Seorang gadis yang berumur 19 tahun mendakwa yang ia telah dirogol oleh empat lelaki, iaitu datuk, bapa kandung, dan juga dua bapa saudaranya semenjak ia 13 tahun.
Pada hari ini, 11 Ogos, polis telah menahan 4 lelaki selepas menerima laporan dari Hospital Serian yang gadis itu mengandung.
Kejadian ini berlaku di Kampung Daha Seroban, Serian, kira-kira 50km dari Kuching.
Gadis itu juga mendakwa yang adik perempuan nya, yang kini berumur 14 tahun juga telah di rogol semenjak ia berumur sembilan tahun.
Kesemua insiden telah berlaku di rumah mereka di Kampung Daha Seroban, Serian, kira kira 50 km dari bandar Kuching.
Polis telah menahan empat suspek yang berumur antara 26 dan 57 tahun di Kampung Daha Seroban.
Kes Sumbang Mahram Kedua:
Dua minggu sebelum ini, pada 28 Julai, lima orang didakwa kerana merogol gadis yang berusia 12 tahun di Limbang.
Gadis telah di rogol oleh datuk nya yang berusia 76 tahun, ayahnya yang berusia 40 tahun, dan tiga sepupu berusia antara 16 dan 21 tahun.
Gadis itu telah di rogol di beberapa lokasi di sebuah kampung dekat Limbang antara November 2016, dan Jun tahun ini.
Statistik polis yang membimbangkan
Statistik polis menunjukkan bahawa antara 2010 dan Mei 2017, seramai 13,272 kanak-kanak telah dirogol.
Ini bermakna sepanjang tempoh tujuh tahun, kira-kira 1,896 kanak-kanak telah dirogol setiap tahun.
Secara purata, 158 kanak-kanak dirogol setiap bulan.
Ini bermakna yang antara 5 dan 6 kanak-kanak di rogol setiap hari. Statistik ini mengejutkan.
Angka-angka ini mungkin rendah, kerana ia menggambar kes yang dilaporkan pada polis. Mungkin banyak lagi kes tidak di laporkan kerana kanak-kanak serta keluarga mereka, telah diancam. Mungkin juga, kanak-kanak telah diberi amaran supaya tidak melaporkan rogol itu. Ada juga kes, di mana keluarga ditawarkan wang untuk berbuat diam.
Malangnya, dalam masyarakat Asia, kami berdiam kerana malu dan tak mahu dihina oleh masyarakat.
Apabila kita berbuat demikian, kita mengecewakan anak-anak kami pada kali kedua.
Tindakan Kementerian Wanita
Dalam kedua kes di atas, mengapa jiran atau ibu gadis, tidak nampak atau pun sedar apa yang telah berlaku? Adakah mereka di ancam?
Kami nak tahu tindakan yang akan di ambil oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rohani Abdul Karim, supaya kanak-kanak perempuan kita di lindungi dari lelaki jahat, yang tidak peduli langsung masa depan wanita.
Leave a Comment