Dr Mahathir boleh menyelamatkan negara, tetapi dia perlukan bantuan anda

Dr Mahathir boleh menyelamatkan negara, dari ancaman yang ti timbulkan oleh kleptocrat yang bernama Najib Abdul Razak, tetapi dia perlukan bantuan dan kerjasama anda.

Ia berkata, “Ya. Saya sedar saya akan pergi tak lama lagi. Tetapi selagi nyawa di kandung badan saya akan perjuangkan bangsa, agama dan negara tercinta ini.”

Cap masa audio:

0.00 min: Ya, usia saya akan mencecah 93 tahun, Julai ini. Ya, 93 tahun adalah tua…Najib tak perlu takut saya.

0:13 min: Tetapi Najib takut. Takut berbahas dengan saya. Dua kali apabila forum “Nothing to Hide” (Tidak ada apa yang nak di sembunyi) di adakan, Najib tidak berani hadi untuk bahas soal sembunyi fakta.

0:26 min: Bahkan pada kali kedua penyokong najib membaling kerusi dan meletupkan letupan untuk gagalkan forum.

0:40 min: YAB masih muda.Apa yang nak takut berhujah dengan orang umur sembilan puluhan tahum.

0.53 min: Jika YAB tidak ada yang disembunyi nyatakan secara terbuka.Dan orang tua ini akan cuba buktikan bermacam-macam yang disembunyi oleh YAB.

1:07 min: Rakyat akan dengar dan akan membuat keputusan mereka samada yang muda atau yang tua yang sembunyi fakta.

1.23 min: Datanglah dengan pegawai tinggi dan menteri-menteri yang muda-muda belaka.

1:30 min: Bawak juga pakar-pakar dari luar negeri, termasuk Cambridge Analytica untuk bisik jawapan-jawapan apabila tidak dapat menjawab,          

1:46 min: YAB juga boleh tanya rekod saya semasa menjadi PM selama 22 tahun     

1:57 min: Tanya fasal kehilangan berbillion oleh Bank Negara, kerugian Perwaja dan lain-lain. Saya tak akan bawa pakar. Hanya saya sahaja.         

2:11 min: Ya. Saya sedar saya akan pergi tak lama lagi. Tetapi selagi nyawa di kandung badan saya akan perjuangkan bangsa, agama dan negara tercinta ini.       

2:27 min: Bersama dengan patriot negara saya akan usaha untuk selamatkan negara ini dari seorang kleptokrat perosak negara.

2:42 min: Kepada Allah swt saya serahkan diri saya.    

Dari Dr Mahathir Mohamad, Pengurusi. Pakatan Harapan. 22 Mac 2018.

(Terima kaseh pada individu yang membuat klip ini dan upload untuk dikongsi dalam Social media)

 

Komen
0Shares

Leave a Comment