Dr Zambry Abdul Kadir, bekas MB Perak, enggan keluar dari kediaman rasmi MB

 

Bekas Mentri Besar Perak, Dr Zambry Abdul Kadir, masih menduduki kediaman rasmi MB di Ipoh.

Mengapa dia di benarkan duduk dalam rumah itu? Dia bukan MB lagi…

Selepas keputusan PRU-14 di umumkan, dia minta duduk, selama tiga bulan, di kediaman MB.

Kenapa tiga bulan?

Obama keluar, Trump masuk Rumah Puteh (White House)

Cameron keluar, May masuk 10 Downing Street

 

 

 

Di negara antarabangsa, apabila presiden atau perdana menteri baru di lantik, mereka masuk kediaman rasmi, pada hari yang sama, keputusan umum di buat.

MB Perak yang baru, Ahmad Faizal Azumu, setuju Dr Zambry tinggal di situ. Mengapa?

Kita tahu, di KL, bil letrik rumah bekas menteri Umno-Baru, beribu2 ringgit sebulan.

Siapa yang nak bayar bil elektrik, bil talipon dan bil air untuk Dr Zambry? Siapa bayar pekerja2 di kediaman MB? Rakyat? Dia sendiri? Ahmad Faizal?

Dr Zambry bayar sewa kediaman tak?

Rakyat Perak, tidak patut biaia kos tiga bulan duduk free, untuk dia sekeluarga.

Forwarders atau packing agen, cuma perlu satu hari, nak kemas barang2nya untuk di bawa ke kediaman sendiri, atau rumah sewa. Kalau orang lain sanggup, ngapa pulak dia tak boleh?

Kami juga diberitahu bahawa renovation tengah di buat di kediaman MB. Jadi, macam mana pekerja nak buat renovation dengan selesa, kalau Dr Zambry dan keluarganya masih di situ.

Pada tahum 2009, ketika mantan Perdana Menteri, Najib Abdul Razak menyebabkan krisis di Perak, parti Umno-Baru tak sabar2 nak halau Dr Nizar Jamaluddin keluar dari pejabat, dan kediaman resmi nya.  Mereka enggan menunggu keputusan mahkahmah.

Sekarang ni, Dr Zambry pulak buat lembab dan enggan keluar dari rumah. Mengapa?

Beratus juta ringgit, di rampas dari kediaman Najib di KL, dan bekas pengerusi Tabung Haji, Abdul Azeez Abdul Rahim, di rumah nya dekat Baling. Tak sempat nak sorok, agak nya.

Di Ipoh macam mana pulak? 

Jadi, apakah tujuan sebenar nya Dr Zambry duduk selama tiga bulan, di kediaman rasmi?

 

Komen
0Shares

Leave a Comment