Farouk A Peru dari Merdeka Samudera berbincang tentang “Episod Negara Islam: Menjelang PRU-14”

Menjelang PRU-14, Farouk dan saya berbincang tentang prestasi Umno-Baru, tahap kepercayaan rakyat kepada kerajaan, peranan PAS dan kemajuan Islam di Malaysia

Analoji sukan bola sepak 

Farouk menggunakan anologi sukan bola sepak untuk menggambarkan keadaan parti politik PAS di Malaysia. Ia berkata “Senang pakai jersey, tapi tak tahu nak main bola.”

Ia juga berkata yang kami melihat wanita sebagi objek seks dan pesanan pada kaum wanita iailah supaya mereka fokus pada perkara yang penting. Pakai sederhana.

Pesanan untuk PRU-14, ialah supaya rakyat memilih party yang menjaga kesejahteraan rakyat.

Ia juga menashati supaya kami membuka mata dan membaca Koran.

Perbincangan dalam video ini

  1. Menjelang PRU 14 ini, adakah parti-parti politik akan menggunakan negara Islam sebagai retorik?

Retorik bangsa dan agama adalah perkara wajib dalam retorik Melayu Islam. Kalau mereka tidak menggunakan retorik ini, mereka ada ketandusan isu. Perdana menteri sendiri telah menyatakan bahawa, jika pembangkang mengambil alih kerajaan, maka kemajuan Islam di negara kita akan terbantut!

  1. Apa itu ‘kemajuan islam’? Mengapa ia boleh terbantut?

Kerajaan UMNO menggunakan jenama Islam untuk menjual idea yang jika kita menggunakan jenama itu, maka dengan otomatiknya kita akan menjadi lebih Islam. Ini serupa dengan konsep produk halal yang bermutu dan asli. Secara zatnya atau substance, produk itu sama sahaja tetapi demi memberi monopoli kepada umat Islam, mereka menggunakan jenama halal.

  1. Bagaimana pula konsep negara Islam. Adakah ia boleh menjadi realiti di Malaysia?

Ada dua konsep negara Islam. Satu dari segi nama. Selama 1300 tahun lebih telah wujud satu konsep khilafah Islam. Adakah ia benar-benar negara islam? Mereka berperang sesama sendiri. Mereka memperhambakan kaum masing-masing dan menindas. Jadi bagaimana pula mereka negara Islam?

Tengok PAS pula. Mereka melaungkan panggilan negara Islam tetapi secara pentadbiran, mereka hanya pandai bermain sandiwara sahaja. Kerja betul-betul mereka tak buat.

  1. Jadi apakah konsep sebenar negara Islam?

Dalam fahaman saya apabila membaca al-quran, negara yang berteraskan nilai-nilai islam perlu dan MESTI mementing keadilan dan kesaksamaan. Tak guna kalau kita bersorak dan berteriakan ‘allahu akbar’ sahaja lalu selepas itu kita minta hak-hak istimewa pula.

Ataupun pemimpin mahukan Malaysia menjadi negara Islam tetapi tak mau ketelusan atau transparency apabila menjaga harta rakyat. Semua ini bercanggah dengan nilai-nilai Islam dalam al-quran tetapi kita buat tak tau sahaja.

  1. Susulan daripada konsep sebenar di atas, apa yang patut dilakukan umat Islam?

Pertama-tama sekali, basmilah kemiskinan. Satu yang saya lihat di serata dunia, bukan sahaja di malaysia, kita ini consumer yang amat tegar. Kita tak sedar atau mungkin kita buat-buat lupa yang ada orang yang sebenarnya tak cukup makan. Walaupun kononnya Malaysia berada di posisi yang tinggi di kalangan ‘negara Islam’, tetapi masih ada rakyat yang hidup dalam kedaifan. Mengapa ini berlaku? Kerana prioriti kita tidak sama dengan prioriti Tuhan.

Cuba kita tolong-menolong tidak kira bangsa dan agama. Kita perlu berdiri untuk kepentingan orang lain. Kita patut berdiri teguh menentang penindasan .

Sebenarnya, negara islam ini negara yang aman damai. Semua rakyatnya terjaga dan hidup harmoni.

======================================================================

Terima Kaseh pada Islamologis, Farouk A Peru, dari Merdeka Samudera kerana membantu membuat video ini.

Komen
0Shares

Leave a Comment