Farouk A Peru: Hadi Awang ia lah Ulamak Yang Buta Al-Quran


Apabila agama itu bersekongkol dengan ekonomi dan politik, timbullah ulamak penunggang agama. Mereka ni macam businessman juga, perlu menjaga market dan memastikan produk mereka relevan sepanjang zaman. Macam Ustaz Ayam lah. Hebat ayamnya kerana diperdengarkan Al-Quran dan dagingnya menjadi empuk. Allah berfirman yang Al-Quran hidayah kepada segenap lapisan manusia (2/185) tapi agaknya, Allah lupa berfirman yang ayam juga boleh menjadi empuk dengan bacaan yang taranum!

Tapi sekurang-kurangnya, Ustaz Ayam tidak bermain politik. Dengan ulamak-ulamak yang ada hati hendak memerintah, kita memang kena berwaspada. Mereka akan menggunakan apa sahaja helah agama untuk menjual diri mereka sebagai pemimpin yang berwibawa. Pemimpin Pas pasca zaman Nik Aziz Nik Mat adalah yang paling teruk dari segi ini. Dulu Nik Aziz, walaupun mengeluarkan hukum hakam yang dangkal, sekurang-kurangnya menjaga intergriti dan maruah pari. Sekarang pula, Hadi Awang telah menjual partinya kepada UMNO setelah mengkafirkan mereka selama 30 tahun! Fatwa yang menunjukkan kemurahan agamanya ialah bila dia mengatakan bahawa kita tidak boleh menuduh orang mengambil duit kecuali ada empat saksi! Ini ‘clue’ pertama yang sebenarnya Hadi Awang telah menjual agamanya untuk meraih kuasa.

Sekarang timbul pula kenyataan Hadi tentang Dap. Hadi memang marah kepada Dap kerana mereka telah berjaya memajukan Pulau Pinang, bukan seperti pentadbiran Pas yang hanya dapat menaikkan tahap penggunaan dadah and pelacuran sahaja (itu pun Nik Abduh menuduh negara Thai kerana harga produk mereka murah dan pemuda Kelatan terpaksa mengikut hawa nafsu!). Dalam isu-isu sebenar seperti menolong mangsa banjir, Pas hanya mampu sembahyang hajat sahaja. Itu pun fail kerana hajat tak sampai. Selepas dua tahun, masih ada mangsa yang belum tertolong.

Hari ini, Hadi menyifatkan Dap sebagai ‘anak tahi Pap’. Pap adalah parti yang memerintah Singapura sudah hampir 60 tahun. Walaupun polisi mereka ada salah silap, namun kemajuan yang mereka bawa kepada negara itu memang terserlah. Mungkin Hadi cemburu kepada mereka? Kalau Hadi memerintah Singapura, entah-entah todak pun akan dialu-alukan kerana warga Singapura nak mati cepat!

Juga patut kita tanya, adakah cacian Hadi ini berlandaskan dalil Al-Quran. Mari kita lihat:

17:53. dan katakan kepada hamba-hamba-Ku, bahawa mereka berkata perkataan yang lebih baik. Sesungguhnya syaitan buat provokasi antara mereka, dan syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.

Hamba Allah atau hamba Umno?

Adakah Hadi menganggap dirinya hamba Allah atau hamba Umno? Jika hamba Allah, mengapa dia boleh mengeluarkan kata-kata kesat yang demikian? Adakah dia mengikut jalan syaitan yang membuat provokasi?

Ini menunjukkan yang sebenarnya Hadi buta kepada ajaran Tuhan. Dia hanya boleh memakai jubah dan kopiah dan beraksi seolah-olah dia pewaris nabi tetapi benda basic seperti berkata baik pun dia tidak mengendahkan Kitab Tuhan. Itulah Hadi Awang yang sebenar.

Akhir sekali, kita patut tanya, jikalau Dap itu ‘anak taik Pap’, mengapa Pas bersekongkol dengan mereka selama tujuh tahun dalam Pakatan Rakyat? Sebagai presiden Pas, Hadi Awang boleh keluar daripada pakatan itu dengan mudah. Adakah dalam jangka masa itu, Pas tidak kisah jika bermain dengan anak taik? Mungkin Pas juga termakan taik dan jika benar, sebagai presiden Pas, bukankah Hadi telah menjadi kepala tahi?

Kesimpulan – sudahlah Melayu Islam dimainkan oleh Pas. Buang saja parti penipu ini ke laut. Parti Angkat Sendiri (PAS).

============================================================================

Oleh Farouk A Peru, penulis, Islamologis, kreativis dan kolumnis tetamu, ia lah warganegara Malaysia yang berani berhadapan dengan pihak Islamofasis.

 

Komen
0Shares

1 Comment

Leave a Comment