Lewat tahun lepas, saya menerima kritikan amat keras apabila saya mengajukan cadangan untuk mengubah Solat Jumaah kepada hari Sabtu. Walaupun cadangan saya adalah untuk warga Islam di Barat di mana kami kesuntukan masa untuk mengkhusyukkan diri, orang Melayu Islam di Malaysia telah rasa ‘terhina’ dengan cadangan tersebut.
Kerana inilah saya katakana – dalam Islam Tradisional, forma lebih penting daripada fungsi. ‘As-salaat min yawm al-jumu’ah’ (Al-Quran, 62/9) iaitu solat daripada masa berkumpulan adalah satu amalan yang amat bermanfaat tetapi ia dijadikan ritual sahaja. Itulah masalah yang berlaku dalam kes ini.
Melayu Islam yang berperangai rempit
Kesnya begini – di negeri Johor hari ini, seperti biasa sembahyang jumaat memyebabkan kesesakan lalu lintas. Ini sudah menjadi satu perkara yang sangat lumrah di Malaysia.
Saya masih ingat lagi zaman persekolahan saya sendiri. Kawasan di hadapan Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14, PJ tu akan begitu sesak. Ada orang yang akan meletak kereta di tempat yang menghalang banyak kereta daripada bergerak.
Sudahlah begitu, mereka akan keluar lambat kerana mahu smayang sunat, berdoa, berzikir dan sebagainya! Amatlah memayahkan pemandu-pemandu yang lain.
Kali ini, pemandu kereta yang tidak dapat melepasi kesesakan itu terpaksa membunyikan hon kereta sehingga menganggu umat Islam yang sedah bersembahyang. Maka Melayu Islam yang berperangai rempit menggunakan alasan itu untuk bertindak ganas.
Yang menghairankan, insiden ini berlaku di negeri Johor di mana hari Jumaat adalah hari minggu! Jadi apakah alasan yang boleh diberikan oleh Melayu-melayu rempit ini? Bukannya mereka hendak bergegas kembali ke tempat kerja pun! Mereka boleh mencari tempat letak kereta yang sah, walaupun jauh sedikit.
Perbuatan keji dan munkar
Sebenarnya, Al-Quran tidak menyuruh kita melakukan ritual-ritual Islam sambil menyusahkan masyarakat setempat. Inilah yang dikatakan ‘sense of entitlement’ (perasaan yang kita berhak melebihi hak-hak orang lain).
Kalau kita mengikut Al-Quran, kita sepatutnya tertib dan menjaga peraturan. Perasaan ‘sense of entitlement’ ini diceritakan dalam Al-Quran tetapi ia sifat Firaun, bukan Nabi Musa.
Firaun terlalu angkuh yang menganggap yang Mesir itu kepunyannnya. ‘Macamlah dunia… ana yang empunya’, nyanyi P. Ramlee.
Firman Allah lagi, solat itu mencegah perbuatan keji dan munkar. Jadi mengapa Melayu-melayu rempit masih boleh berkelakuan begini? Kerana mereka tidak menghiraukan kepada saranan-saranan Tuhan dalam Al-Quran.
Mereka hanya melakukan ritual sahaja dan mungkin menerima hasutan ulamak dalam khutbah. Pembaikan diri semua dilupakan. Inilah sebabnya mereka mampu berkelakuan begini walaupun telah membaca mesej Tuhan.
======================================================================
Pandangan peribadi Farouk A Peru, Islamologist dan penulis.
Berhujah biar mengukut hukum bukan mengikut nafsu n pemikiran yg sempit. Saranan yg songsang ditakuti akan menjadi ikutan khalayak yg masih dhaif dlm ilmi agama. Anda akan mndapat saham percuma jer.