Farouk A Peru: PAS Tak Kacau Bukan Islam? Ya Lah Sangat!

Maaf cakap, tetapi kalau ada lagi Rakyat yang bukan Islam menyokong PAS selepas tindak-tanduk mereka akhir-akhir ini, maka rakyat itu memanglah mereng. Terang-terang Pas menunjukkan betapa hinanya mereka menganggap golongan bukan Islam. Golongan bukan Islam ditipu dan dipaksa mengikut hukum-hakam yang menindas cara hidup mereka!

Kali ini, seorang exco negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan telah mengeluarkan arahan supaya semua perniagaan kepunyaan bukan Islam menutup kedai mereka semasa solat Maghrib! Tidak lama, katanya lagi. Hanya 10 minit sahaja. Mungkin tak payah buat solat nawafil atau berzikir-zikir lepas sembahyang, gamaknya.

Inilah Pas yang ada hati nak memerintah negara. Seperti yang mereka telah acapkali buktikan, mereka tidak ada kebolehan atau kewibawaan untuk memenuhi peranan sebagai pemerintah. Mereka ini lebih sesuai menjadi ustaz mengajar cara menyanyikan Al-Quran (tetapi jauh dari menghayati ajaran Tuhan!) atau tukang uruskan mayat. Mangsa banjir dua tahun lepas pun mereka belum uruskan lagi, hanya tekun sembahyang hajat sahaja!

Tahun 2017 tutup kedia, tetapi tahun 2018?

Tahun 2017 mereka suruh tutup kedai untuk solat Maghrib. Mungkin tahun depan, mereka akan suruh tutup kedai untuk solat Zuhur, Asar dan Isyak juga! Mungkin mereka akan mahu wang pampasan kerana mereka akan terbau makanan orang bukan Islam yang tak halal. Mungkin juga mereka akan menuntut gantirugi kalau mereka ternampak orang bukan Islam makan semasa mereka berpuasa di bulan Ramadan! Tidak ada had untuk kebodohan mereka. Terutama sekali musim menjelang pilihanraya di mana mereka terpaksa mengampu kepada golongan Islam konservatif.

Inilah kerenah penungggang agama Pas. Jauh sekali mereka daripada mendirikan keadilan seperti yang dituntut dalam Al-Quran (4/135, 5/8). Sebaliknya, mereka telah menindas orang asli di Gua Musang dulu walaupun perbuatan ini dilarang oleh Al-Quran (4/58). Agama Islam hanya jenama buat mereka. Tidak lebih daripada memakai jersi bolasepak. Tak semua yang memakai jersi Man-U boleh bermain untuk pasukan itu.

Jangan percaya monyet Umno

Kepada saudara saudari daripada agama lain, saya nasihatkan, buang saja geng lebai bebal ni. Mereka akan membeloti janji mereka kepada kamu semua. Hadi Awang telah berjaya membodohkan marhaen Pas sendiri dengan gelagatnya berdansa dengan Umno. Kalau partinya sendiri tidak puas hati dengan monyet Umno ini, mengapa orang lain nak sokong partinya pula?

=============================================================

Oleh Farouk A Peru, penulis, Islamologis, kreativis dan kolumnis tetamu; ia adalah warganegara Malaysia yang berani berhadapan dengan pihak Islamofasis.

 

Komen
0Shares

Leave a Comment