Negara kita amatlah istimewa dari segi kebodohan golongan Islamofasis (mereka yang menggunakan Islam untuk menindas). Di negara kita, kalimah ‘Allah’ pun jadi satu hal! Walaupun orang Arab sendiri menggunakan kalimah itu dengan tidak mengira agama, orang Melayu pula dikatakan terlalu bodoh oleh pemimpin-pemimpin mereka dan akan keliru jika mereka membaca Bible yang menggunakan kalimah Allah. Mungkin pemimpin-pemimpin Melayu saja yang begitu.
Sekarang, satu acara agama Kristian yang sepatutnya diadakan di Melaka telah dibatalkan. Acara ini dipanggil ‘Jerusalem Jubilee’ dan berkaitan dengan kota Baitul Makdis yang sememangnya penting dalam agama Kristian.
Malangnya, pemimpin-pemimpin Pas yang mungkin tidak pernah membaca buku kecuali buku-buku kuno karangan sami-sami lama mereka mungkin menyangka yang ‘Jerusalem’ itu Bandar agama Yahudi! Mereka mengatakan yang acara ini menyambut kemenangan rejim Zionis mengalahkan bangsa Arab 50 puluh tahun yang lalu, dan berjanji akan memprotes di luar tempat upacara ini bakal diadakan. Nasaruddin Hasan Tantawi, ketua maklumat Pas juga mengatakan yang acara ini boleh mempengaruhi umat Islam!
Perangai Samseng
Walau macam mana pun, pihak polis telah menasihatkan pihak penganjur, All Malaysian-Golden Gate Revival Convocation (AMGGRC) untuk membatalkan sahaja acara ini! Apa guna pihak polis kalau begitu senang digertak samseng-samseng Pas? Kenapa pihak polis tidak memberi amaran kepada parti yang gemar menindas orang supaya jangan mengacau acara ini?
Kebebasan beragama bererti penganut-penganut agama itu bebas mengadakan acara mereka. Jika mereka menafikan yang acara itu mempromosikan rejim Zionis, kita tidak perlu memandai dan bertikam lidah dengan mereka. Umat Islam membacakan Al-Quran yang mengandungi ayat yang boleh menyentuh perasaan umat Kristian dengan mengatakan Isa itu bukan Tuhan. Kenapa kita mengharapkan orang lain toleran kepada agama kita walhal kita berperangai seperti samseng?
Al-Quran sendiri telah memberi amaran kepada sesiapa yang suka menindas orang. Ia melabelkan orang sebegini sebagai ‘firaun’ dan menjanjikan balasan Allah kepada golongan angkuh seperti ini. Kepada umat Islam, saya harap kita buang saja Parti Agamawan Sewel ini. Biar mereka cari kerja yang berfaedah sikit.
======================================================================
Pandangan peribadi Farouk A Peru, Islamologis dan penulis.
Leave a Comment