Fenomena hujan meteor Perseids yang mengkagumkan awal pagi tadi

Bersama-sama dengan dua rakan dari Ipoh, dan seorang lagi dari Dalat, di Sarawak, kami berjalan selama setengah jam di sepanjang jalan tanah, lepas tu mendaki satu bukit. Kami mencari tempat yang bebas daripada pencemaran cahaya.

Sebelum kita sampai ke puncak bukit, kita memilih tempat yang jauh dari pokok tinggi, kemudian kami baring di atas rumput yang lembap. Setelah selesa sikit, kami makan biskut dan coklat serta minum koko panas dari termos, dan tunggu ketibaan hujan meteor.

Bulan baru nak naik, tetapi ia di selindungi oleh awan. Kami mengikut arahan pakar astronomi, yang suruh kamai memandang ke arah barat, dan biarkan bulan di belakang kami.

Sejam selepas itu, setalah kami pastikan yang kelawar dan serangga tidak menyeramkan, kami nampak awan berpisah dan menunjuk pelbagai bintang-bintang di angkasa. Agak kelakar juga. Kami bertenggek di atas bukit, apabila semua orang sedang tidur nyenyak kat rumah.

Langit malam tidak mengecewakan.

Tiba-tiba, secara kejutan, kami melihat bintang meteor yang pertama, melecut di hadapan mata kita.

Satu, dua … tiga … selepas tu hilang hitungan …. terlalu banyak.

“Arghhh … saya terlepas nampak yang itu!” kata seorang kawan… dia sedang mencari biskut untuk dimakan.

Tak lama selepas itu, kawan Sarawak tertidur. Dia terasa sangat santai, kerana ia di peringatkan masa ia budak kecil dulu, dan selalu memandang pada langit malam Borneo.

Tiga jam kemudian, minuman coklat telah  habis, awan telah muncul kembali, dan kami pulang ke rumah.

Malam itu telah mengkagumkan.

 Hujan meteor Perseids ini, yang terbaik kami lihat.

Kami cadang bawa beg tidur, pada tahun depan.

(Gambar arkib)

Komen
0Shares

Leave a Comment