Isu ini tertimbul apabila kawan ajak makan tengahari.
Saya memberitahu mereka yang saya mungkin sampai lewat sikit kerana saya tak pasti jadual pengangkutan awam. Saya terpaksa jalan ke perhentian bas sebelum naik bas selama 20 minit, lepas tu naik keretapi selama dua jam sebelum sampai ke rumah nya. Saya nyatakan yang tempat tinggal saya ketika itu, di cerok ulu, iatu di tempat “jin bertendang”.
Perbincangan hebat
Apabila sampai ke jamuan makan tengah hari, satu perbincangan hebat sedang berlaku.
Salah satu daripala rakan itu menyatakan yang frasa saya salah. Bukan “jin bertendang” tetapi “jin bertandang”.
Dua lagi kawan setuju dengan saya, iaitu jin bertendang. Yang keempat tu “neutral”.
Rakan lelaki yang kata “jin bertandang” telah menanya ibu nya dan ibu nya setuju bahawa frasa itu ialah “jin bertandang”.
Sudah beberapa dekad, saya mengguna frasa “jin bertendang“. Tak kan lah selama ini, tak siapa pun tegur saya dan nyatakan yang saya salah guna frasa itu?
Walupun makanan tengah hari sungguh enak. Kawan-kawan pun seronok berjumpa lagi. Tetapi tumpuan kami pada frasa ini.
Jadi, mana satu yang betul…”Jin ber-t-e-n-dang” atau “jin ber-t-a-n-dang”? “Tendang” atau “Tandang”?
Leave a Comment