Tujuan memasuki bidang politik, bukan untuk jadi kaya. Tetapi, berdasarkan jumlah kes mahkamah yang melibatkan ahli-ahli politik Umno-Baru, atas tuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah jenayah dan salahgunaan kuasa, jelas bahawa memasuk politik, lebih bagus dari menang loteri.
Pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) mengubah semua itu.
Dalam zaman Malaysia Baru ini, ahli politik akan di soal siasat jika mereka tidak bertanggung jawab.
Jangan soal pemimpin, jangan cakap tentang agama Islam dan raja-raja
Minggu lalu, naib presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah, memberitahu anggota partinya supaya tetap setia pada kepimpinan PAS, dan melarang kami mempersoalkan pemimpin
Beberapa hari kemudian, presiden PAS Hadi Awang, beri amaran kepada kalangan bukan Islam. Dia berkata jangan sentuh perkara agama Islam, dan juga masalah institusi Raja-Raja, kerana ini tak berkaitan dengan mereka.
Dia kata bahaya bagi orang bukan Islam untuk mengulas isu-isu ini di media sosial kerana ia akan mengelirukan generasi muda.
Tidak, Hadi! Generasi muda tidak keliru. Orang yang amat keliru ialah Hadi sendiri.
Pemimpin yang bagus beri inspirasi dan menyatukan rakyat
Nampaknya Hadi tak pandai memimpin. Seorang pemimpin memberi inspirasi dan menyatukan rakyat. Tetapi Hadi suka membahagikan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Hadi tak patut memperbodohkan masyarakat Melayu dan menakutkan mereka dengan cerita keseksaan di akhirat.
Sebenarnya para saintis dan pencipta mencapai kejayaan, setelah mencuba beberapa kali, dan mempersoalkan mengapa kaedah telah berfungsi, atau gagal.
Peguam akan menyoal saksi dalam mahkamah untuk meneliti fakta-fakta supaya mencapai kebenaran.
Tuhan beri kita otak untuk berfikir, mulut untuk bersuara, mata untuk menengok dan telinga untuk mendengar.
Kalau kita dengar cakap Hadi dan Mohd Amar, kita jadi robot dan tak payah menyoal pemimpin.
Kita tak akan bisu jika kita mengesyaki pemimpin kita menerima rasuah.
Kita tak akan diam apabila dengar dakwaan yang PAS diberikan RM90 juta oleh Umno-Baru? Wang itu berasal dari sumber yang haram atau halal?
Pemimpin PAS tak faham makna integriti dan juga konflik kepentingan.
Robin Hood curi dari orang kaya dan tolong orang miskin, tapi kat Malaysia, ahli politik curi dari yang miskin
Satu lagi. Robin Hood ia lah lagenda England yang merompak orang kaya untuk menolong orang miskin. Tapi di Malaysia, pemimpin kita bertentangan dengan perangai Robin Hood, kerana mereka merompak rakyat, untuk memberi ganjaran kepada kroninya dan diri mereka.
Jadi kalau kita dengar cakap pemimpin PAS, kita terpaksa berbisu, buta, buat pekak bila tunjuk kesetiaan pada pimpinan.
Isu, dimana kita tak boleh tanya orang lain, telah pun masuk dalam kehidupan peribadi kita.
Seorang wanita tidak boleh mempersoalkan mengapa suaminya kahwin lagi.
Mengapa ahli politik yang didakwa mencabul seorang remaja perempuan, dibebas?
Mengapa pembunuh pembantu Indonesianya dibebaskan?
Rakyat Malaysia berhak untuk mempersoalkan pemimpin.
Dalam era Umno-Baru/BN dulu, rakyat marah bila tanah dijual murah kepada ahli perniagaan dari Republik Rakyat China. Tapi Hadi bersuara tak?
Kita tanya mengapa Jho Low dan mantan perdana menteri, Najib Abdul Razak, mencuri duit rakyat. Tapi Hadi ada tanya tak?
Apabila mayat orang bukan Islam dirampas dari rumah pengebumian, apabila anak kepada ibu yang bukan beragama Islam diculik, dan apabila kanak yang bukan Islam dipaksa makan dalam tandas sekolah, semasa Ramadhan, rakyat Malaysia mempunyai hak untuk menyoal ketidakadilan ini. Tapi Hadi bersuara tak?
Kami manjakan kanak-kanak Melayu. Tanda lulus pelajar melayu diturunkan supaya mereka senang lulus ujian. Mereka dianugerahkan biasiswa terbaik dan tempat untuk universiti tempatan. Kanak-kanak Melayu didaftarkan di sekolah tahfiz, dan tidak diberi pengajaran penuh, mengikut kurikulum supaya mereka boleh beri sumbangan kepada masyarakat.
Orang Melayu bebas menghina agama lain tanpa teguran yang serius, tetapi mereka cepat marah bila orang bukan islam bercakap tentang mereka. Ramai pemimpin Melayu tidak suka dikritik.
Sebenarnya Orang Melayu dibalut bulu kapas dan diberi ubat yang dipanggil “penafian”. Tetapi orang bukan Melayu dibalut dengan dawai berduri.
Sudah beberapa dekad, orang-orang yang pelbagai agama dan berbeza budaya telah hidup damai di semenanjung, tetapi ahli politik seperti Hadi dan parti PAS dan Umno-Baru, sedar yang mereka boleh memanfaatkan konflik.
Pemimpin yang jujur, akan menyatukan rakyat. Tetapi kedua mereka kerap pecah belahkan rakyat. Dari bercakap tentang perkauman, agama, bangsa dan raja-raja, bila akan Hadi cakap tentang ekonomi, pelajaran, moral, atau pun cara nak memelihara alam sekitar.
Sepatutnya, Hadi dan naib presiden Pas patut bersara secepat mungkin supaya Melayu dan Malaysia akan maju.

Bila lah Hadi nak cakap tentang perkara-perkara penting ni. Jangan asyik nak cakap tentang agama, perkauman dan raja-raja. Masuklah abad ke 21. Beri inspirasi dan satukan rakyat. Jangan nak pecah belah kita.
Credit foto: Facebook friends, stock archives dan worldbuilding.stackexchange.com
Leave a Comment