Dr. Fauzi Mohamad

Tika ini saya melihat terbitnya matahari yang cerah indah muncul diufuk Samudra Hindia (Indian Ocean) di satu daerah paling hujung satu provinsi di Republik Indonesia. Di samping saya istri tercinta warga peribumi (Indonesia) yang terlalu cantik dimata dan hati saya sambil kami berpegangan tangan di Villa kami di Pantai Cemara. Istri saya mantan pelakon (Sinetron) dan juga seorang peragawati (model).
Kini umur saya telah 61 tahun menetap di bumi Indonesia (reside) selama 20 berstatus penduduk tetap (PR).
Apa yang terbuku dihati saya tika ini dan sebelumnya hanyalah IBU PERTIWI (Motherland) MALAYSIA, rakyat perdesaan yang sering dilaungkan oleh para panglima politik bahawa rakyat kecil telah hidup dengan baik. Tapi tiap kali ada kuasa baru, para pemimpin tetap akan berkata juga bahawa mereka akan membaik pulih ekonomi rakyat. Satu bahasa yang saya tidak akan faham. Pelbagai citra di kemukakan untuk rakyat, tapi hakikatnya Pa Ngah, Pa Teh, Macik Tipah tetap hidup seadanya.
Seketika terlintas dibenak fikiran saya adakah para panglima politik mahu rakyat hidup sedemikian agar mereka para pemimpin akan terus jadi juara pembela rakyat dan rakyat akan terus memilih mereka tiap kali PRU. Jika rakyat (Bangsa Melayu) jadi mewah dan hidup senang, maka Bangsa Melayu mungkin sudah tidak mahu pedulikan lagi hal politik dan hanya akan mengundi wakil rakyat yang benar benar untuk Bangsa dan Negara. Lihat saja bangsa lain (Cina), mereka kuasai ekonomi dan tidak mahu ambil tahu janji janji kosong panglima politik dan mereka hanya akan mengundi calon yang benar benar layak.
Hampir 3 tahun saya ulang alik Jakarta – Kuala Lumpur hanya untuk bersama luahkan pemikiran saya cara terbaik untuk tingkatkan ekonomi Melayu (Bangsa saya). Tiada yang biaya saya selama 3 tahun tersebut, dan jika pun ada yang mahu biaya saya, saya akan tolak kerana saya lakukan demi IBU PERTIWI, demi Pa Ngah, Pa Teh dan Macik Tipah.
Ada ketika istri saya bertanya, untuk apa saya lakukan semua itu jika saya hanyalah melukut ditepi gantang.Tapi tak apalah demi Ibu Pertiwi dan demi tanah kelahiran saya Malaysia.
Saya tidak perlu tepuk gemuruh, tidak perlukan jawatan, tidak perlu imbalan, tidak perlu dikenali hebat,tidak perlu pusara saya nanti ditabur mawar putih kerana saya telah punyai segalanya disini (Indonesia) saperti ketika ini saya minum pagi dengan teh tarik dan nasi lemak yang disediakan oleh istri saya warga Indonesia yang tahu saya terlalu cintakan Ibu Pertiwi (Motherland) dan juga kami bersantai di Villa Mewah kami di pinggir Lautan Hindia.
Dan seketika saya sebak mengenang masa depan anak bangsa saya yang diuliti mimpi indah buatan para panglima politik yang hanya pentingkan diri sendiri untuk berkuasa dan jadi penguasa. Biarkanlah, saya hanya ingin membuktikan bahawa anak melayu ini telah berjaya di perantauan dengan rahmat dan rezeki Allah tanpa putus. Jika kalian mahu jadi bangsa yang hebat dan diturunkan rezeki berlimpah oleh Yang Maha Kuasa Allah, maka jujurlah dalam perjuangan untuk Bangsa, Agama dan Negara.
Salam hormat dari seberang.
(Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Menyelamatkan Malaysia & Rebuilding Malaysia)

– Dermawan (Philanthropist)
– Pengusaha (Businessman)
– Ahli akademik (Academician)

Leave a Comment