Keadaan sosio-ekonomi Perak, di bawah Umno-Baru/BN, semakin teruk.
Menurut laporan Khazanah Research Centre, negeri Perak, yang kedua termiskin, selepas negeri Kelantan.
Apa yang dah terjadi? Apa yang Mentri Besar, Dr Zamby Abdul Kadir buat selama ini?
Masa dulu, Perak negeri yang terkaya di semenanjung.
Tetapi sekarang ni, statistik Jabatan Perdana Menteri, menunjukkan yang gaji 2/3 pekerja Perak, kurang daripada RM5,000 sebulan.
Menurut Rancangan Malaysia Ke-10, pendapatan 122,000 rumah tangga di Perak, kurang daripada RM2,400.00 sebulan. Ini bermakna, yang keluarga miskin di Perak, lebih banyak lagi, dari Sabah dan Sarawak.
Kalau anda melancong keluar negara, anda akan menemui orang Perak. Dari Singapura ke Sweden, dari Australia ke Amerika. Mereka akan mengadu, kekurangan peluang kerja, di Perak.
Mereka tinggalkan keluarga dan kampung. Mereka terdiri dari golongan “Brain Drain.” Doktor. Ahli sains. Pensyarah. Quantity Surveyor. Jurutera. Artist. Ramai orang kalayakan tinggi, dari pelbagai bidang.
Pentadbiran kerajaan Perak, di bawah Zambry tidak cekap, dan tidak beroperasi, dengan ketelusan dan akauntabiliti.
Yang Zambry, dan boss nya Najib tahu, asyik buat janji kosong. Lapangan terbang baru, di Seri Iskandar sudah di janji mungkin dua atau tiga pilihan raya yang lepas.
Hospital baru di Sri Iskandar & “zon ekonomi khas” untuk Kamunting & Kampar, juga janji kosong. Janji yang di buat PRU-12 dan 13.
Boss Zambyr, Najib, telah gadai tanah Malaysia, ke syarikat negara Cina Komunis.Tapi, Zambry, asyik jual bangunan negeri dan juga tanah, ke kroni, melalui Perak Menteri Besar Incorporated ia itu MB Inc. Saya difahamkan yang akaun MB Inc, tak di audit, semenjak 2012. Ini melanggar undang-undang.
Mengapa tak di audit? Nak tutup rasuah ke? Ah Long pun lagi bagus sistem akaunting nya.
Bila dia nak ambik hati rakyat, Zambry akan bawa lori sampah dan kutip sampan sarap, di keliling Ipoh. Dia adalah pengutip sampah yang tertinggi gaji, di Malaysia.
Kalau dia syok sangat jadi drebar lori sampah, undur diri lah, dan biar pentadbiran baru, mengelolakan negeri Perak. Apa susah nya?
Sebagaimana yang kita sedar, bila bendahara negeri Perak, sesak duit, tanah negeri di jual.
Orang Perak tak sedap hati bila dengor yang bangunan quarters di Jalan Thompson, Tiger Lane, Jalan Gopeng dan Jalan Tambun di jual.
Tanah negeri di Seri Iskandar, Sitiawan, Lumut, Bruas dan kawasan dekat Pantai Remis, di jual. MB Inc, terbabit dalam penjualan ini.
Tanah Orang Asli di Ulu Geruh, Gopeng dekat bukit naik ke Cameron Highlands, dipajak ke kroni untuk aktiviti balak, walaupun ada perjanjian yang tanah orang asli tidak terlibat. Sama juga dengan kawasan perhutanan di Lenggong, Grik, dekat Gunong Keruna dan juga kawasan berhampiran dengan East-West Highway.
Perak nak pemimpin yang dinamik, kreatif dan ada wawasan, untuk negeri.
Kita nak pemimpin yang akan memberi peluang kerja pada semua, dan meningkatkan taraf hidup kita. Bukan Menteri besar yang membuat kroni, lebih kaya dengan asset negeri.
Jadi, keluar mengundi esok, dan Selamatkan Perak, dan Malaysia.
Source: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/05/04/just-5-shift-will-give-perak-to-pakatan/
Leave a Comment