Isteri Perdana Menteri Malaysia, menyeru rakyat supaya “mengikuti kemeja biru,” dalam pilihan raya umum, sebab “baju biru” adalah rakan rakyat, dan tidak pernah menipu rakyat.
Tak pernah menipu rakyat? Betoi ke ni?
Katanya pembangkang suka merepek, dan memburukkan pentadbiran Najib Abdul Razak.
Klik di sini untuk membaca artikel tentang FLOM dan baju biru, juga FLOM gesa pembangkang jangan merepek
Beliau menyuruh rakyat supaya jangan percaya apa yang di baca, atau di tonton, dalam talian laman web, seperti YouTube, semacam video saya di bawah ni. Kah kah kah
Nak percaya siapa lagi?
Soalan saya pada Datin Seri, “Siapa patut rakyat percaya?
Nak percaya Perdana Menteri kah, Datin Seri FLOM? Tapi PM cabut lari dari forum “Nothing to Hide”. Apa atau siapa, yang dia takut?
Pada 2015, Najib memecat beberapa orang, seperti timbalannya pada masa itu, Muhyiddin Yassin, menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia, Shafie Apdal dan Peguam Negara Malaysia, Abdul Ghani Patail. Mengapa dia berbuat demikian?
Sekarang ni, rakyat kritik PM yang memakan rasuah.
Mana perginya duit rakyat yang di pergunakan untuk 1MDB? Tabung Haji? Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)? FELDA? Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)? Petronas?
Bila Zunar buat kartun pencurian ni, dia di tangkap polis. Mengapa pulak?
Laporan telah dibuat tentang penyelewengan duit ini, tetapi berjuta juta lagi ringgit, duit rakyat, yang di curi dan kita tidak tahu, kerana di sulitkan.
Mengguna duit rakyat untuk isteri dan keluarga
Rakyat marah pada perdana menteri dan ahli kabinet nya, kerana ia gunakan duit rakyat untuk kegunaan nya sendiri.
Duit rakyat membiayai kos private jet bila isteri PM ke luar negera.
Belian yang berjuta-juta ringgit, di bayar dengan duit rakyat.
Pada 2014, FLOM kata ia nya menderita kerana ia terpaksa bayar RM1,200 untuk pewarna rambut. Ramai yang gaji bulanan tak sampai RM1,200.
Kita tahu dari lapuran, yang FLOM beli beg tangan yang beratus-ratus ribu ringgit. Bukan saje satu, tapi pelbagi warna dan saiz.
Kebanyakan rakyat, kais pagi, makan pagi.
Ada juga ibu-bapa yang tak mampu nak bayar kasut, baju sekolah dan tambang bas anak.
Baju biru – Umno-Baru mabuk kuasa dan makan duit
PM dan Umno-Baru sudah mabuk kuasa dan lupa tanggung-jawab mereka.
Sebab itu, rakyat lebih percaya laman web.
Kuasa di tangan anda.
Keluar undi dalam PRU-14, dan Selamatkan Malaysia.
Leave a Comment