Rakan-rakan, saudara dan saudari….
Malaysia dan rakyatnya berhak menerima keadaan negara yang lebih baik. Banyak pembaharuan diperlukan dengan segera, tetapi terdapat beberapa pandangan yang bersaing mengenai arah negara ke depan.
Persetujuan umum adalah keperluan untuk perubahan. Mengundi adalah satu-satunya cara untuk mendapat perubahan dan keadaan negara yang lebih baik.
“JOM UNDI” adalah filem animasi pendek yang diterbit dalam bahasa Melayu, Cina, Tamil, Inggeris, Kadazandusun dan Iban oleh sekumpulan rakyat prihatin, untuk semua rakyat Malaysia. Filem ini dilancarkan pada 11 Februari 2018, di forum awam “Satukan Tenaga Kalahkan Penipuan” yang dianjurkan oleh BERSIH 2.0 di Dewan Sivik MPPJ, Petaling Jaya.
Sila sokong pergerakan “JOM UNDI” ini melalui proses pengundian Pilihan Raya Umum, dengan berkongsi filem ini.
Jangan lupa mengundi dalam PRU-14.
Rakyat2Rakyat
Peringatan:
i) Sila kongsi video ini dengan rakan dan keluarga
ii) Jangan lupa undi dalam PRU-14
Leave a Comment