Paderi Raymond Koh Keng Joo, yang diculik oleh seramai 15 lelaki bertopeng hitam, pada 13 hb Februari, di Petaling Jaya, masih kehilangan, lebih sebulan selepas di rampas culik.
Keluarga nya tidak menerima sebarang berita tentang keadaan atau pun kedudukan nya, dan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar berkata yang satu pasukan petugas telah di tubuh untuk mengesan di mana beradanya Paderi Koh.
Setakat ini, IGP tidak ada berita baru, tentang perkembangan siasatan ini.
Tetapi, menurut Ketua Polis Selangor, Abdul Samah Mat, lelaki ini, yang ditahan di Ampang, Selangor, telah cuba mengambil kesempatan penculikan paderi Koh walaupun ia tidak terbabit dengan kes ini. Suspek itu telah menghubungni anak paderi Koh tentang wang tebusan itu.
Pada 5 hb Mac, seramai 300 orang telah berkumpul berdekatan Ibu Pejabat Polis Selangor di Shah Alam, dan berjaga dalam perpaduan, bersama ahli keluarga Paderi Raymond Koh.
Rancangan awal mereka, supaya berkumpul di luar stesen Polis itu, telah dibatalkan apabila pihak polis membantah aktiviti kumpulan itu, dan 50 anggota termasuk pegawai Light Strike Force, telah di hantar menjaga sepanjang jalan utama di luar Balai polis itu.
Isteri Paderi Koh menitiskan air mata
Isteri Paderi Koh, Susanna Liew turut menitiskan air mata apabila dia berhadapan dengan orang ramai dan berucap, serta menyeru penculik sila melepaskan suami nya. Ia menyatakan yang Paderi Koh sering membantu golongan miskin yang terpinggir dan yang tidak berkemampuan. Ramai kenal tahu yang paderi orang yang baik hati.
Ia juga menolong mereka yang terjejas dengan penyakit HIV/AIDS. Kanak-kanak sekolah, di adakan tempat tuition, dimana mereka boleh membuat kerja sekolah, dan siapa yang ingin, di ajar secara percuma, untuk belajar cakap bahasa Inggeris.
Secara asing, saya telah di beritahu bahawa kebanyakan orang yang Paderi Koh tolong, adalah orang Melayu.
Semoga Paderi Raymond Koh harap selamat dan dipulangkan ke keluarga nya, dengan secepat mungkin.
Jika ada sesiapa yang mempunyai maklumat atau telah menyaksikan penculikan Paderi Koh, sila talipon pihak polis dan membantu mereka dalam siasatan.
Leave a Comment