Kenapa sekarang Zahid?

Politik memang lah bidang  yang kotor tetapi serangan peribadi oleh Timbalan Perdana Menteri terhadap bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, telah jatuhkan maruah Zahid.

Zahid, yang keturunan Indonesia, telah menyerang  Mahathir kerana ia berketurunan India.

Kebetulan nya, kesemua perdana Menteri Malaysia bukan Melayu tulin. Kesemua mereka mempunyai keturunan Thai, Bugis, Turki, India atau Cina. Ramai DPM juga adalah keturunan yang darah bercampur.

Maklumat peribadi di bocorkan

Zahid salah gunakan jawatannya, sebagai Menteri Dalam Negeri, dan melibatkan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara. Ia menunjuk dalam talipon bimbit nya, gambar awal, kad pengenalan Mahathir.

Undang-undang Perlindungan Data, khas di adakan untuk melindungi maklumat peribadi daripada dibocorkan pada orang ramai. Tetapi ternampak sangat bahwa pemimpin telah mengabaikan undang-undang, dan menggunakan data peribadi dengan tidak sah, untuk mendapat kelebihan politik.

Jika Zahid dan Ketua Pengarah JPN tidak boleh dipercayai dengan maklumat peribadi kami, maka siapa yang boleh kami percaya?

Selama 31 tahun penglibatan Zahid dalam arena politik, ia tidak pernah menjadikan keturunan Mahathir sebagai isu. Kenapa pula ia menjadi masaalah besar sekarang?

Setelah Mahathir menyokong pihak Pembangkang, parti-parti yang menentang Umno-Baru semakin kuat. Adakah Umno-Baru takut kalah dalam PRU-14?

Adakah Zahid cuba membuat orang Melayu menghina Mahathir, walaupun terdapat ramai orang yang berterima kaseh sumbangan Mahathir kepada negara?

Pada hujung minggu lepas, Zahid menuduh Mahathir mengeksploitasi kaum Melayu, untuk keuntungan politik, sepanjang 22 tahun ia memerintah. Jadi, apa lagi yang baru?

Parti Umno yang asal dan juga parti Umno-Baru, juga mengeksploitasi orang Melayu untuk kuasa. Selama 60 tahun, BN dan sebelum itu, parti Alliance, juga mengeksploitasi orang Melayu.

Orang Melayu telah dieksploitasi sepanjang sejarah, bahkan oleh penguasa asli dari Palembang. Zahid tak tahu sejarah negara ke?

Penjajah kami, Belanda, Portugis dan Inggeris telah mengeksploitasi orang Melayu. Mereka fahami yang orang-orang Melayu taat kepada Sultan, jadi mereka membuat konsesi khusus untuk Sultan, supaya senang mengawal secara sekali gus, kedua sultan dan rakyat.

Mengapa Zahid tak menyalahkan orang Melayu kerana tidak berani menentang Mahathir semasa pemerintahan nya selama 22 tahun? Kebetulan nya, orang Melayu melihat Mahathir sebagai penyelamat mereka.

Mahathir tahu watak orang Melayu dan menulis mengenai mereka dalam bukunya “The Malay Dilemma”

Mahathir sedar akan kelemahan orang Melayu dan cuba membuat mereka kurang sentimental, kurang pantang, dan menggalakkan mereak mengguna pengetahuan untuk memperbaiki diri mereka.

Orang Melayu mengakui kekurangan mereka dan gembira diketuai oleh Mahathir. Tetapi, apabila tangan firma Mahathir menukar ke tangan diktator, kehidupan orang Melayu telah amat selesa, dan mereka enggan melawan Mahathir.

Zahid masuk politik

Pada 1986, semasa Najib Abdul Razak Menteri Belia, Zahid dijadikan setiausaha politik nya. Tidak pula Zahid  mempunyai masalah dengan keturunan Mahathir.

Pada  1995, Zahid gembira berkhidmat di bawah Mahathir, sebagai Ahli Parlimen yang baru dilantik di Bagan Datoh.

Dalam tahun 1996, Zahid menjadi pemimpin Pemuda Umno-Baru. Mahathir bos nya.

Sebagai Timbalan PM, Anwar Ibrahim telah bertempur dengan Mahathir, tetapi ia berjaya memujuk Zahid bercakap tentang unsur-unsur nepotisme dan kronisme.

Setelah “penjelasan” Zahid itu, ada alegasi yang Mahathir keluarkan senarai pemimpin-pemimpin Umno-Baru yang mendapat manfaat dari urusan rasuah. Tetapi, Zahid terus berkhidmat dengan Mahathir, dan pada 2000, telah dipilih ke Majlis Tertinggi Umno-Baru. 

Mahathir meletak jawatan pada 2003.

Jadi, selama 31 tahun (1986 – 2017) ia berada dalam arena politik, Zahid tidak menentang keturunan Mahathir. Mengapa obsesinya sekarang terhadap Mahathir?

Hari ini, rakyat Malaysia lebih matang daripada pemimpin mereka. Apabila kita melihat tindakan rasuah, kita mahu ia dibasmi. Apabila kita melihat ketidakadilan dan ketidaksamaan, kita menuntut bahawa pemimpin kita membawa sistem yang lebih adil.

Kita semua rakyat Malaysia dan keturunan nenek moyang tidak sepatutnya memberi kesan kepada pndtadbiran urusan negara.

Kenapa Zahid mengasingkan orang mamak yang ramai berkhidmat dengan taat dan setia, dalam perkhidmatan awam?

Zahid sepatutnya menghentikan serangannya terhadap Mahathir. Ia patut melihat dalam cermin dan mempersoalkan keturunannya sendiri, kerana Zahid pastinya bukan orang Melayu tetapi berasal dari Indonesia. Sebagai TPM, Zahid tidak boleh menghasut orang untuk membenci satu sama lain berdasarkan keturunan mereka.

Komen
0Shares

Leave a Comment