Khairuddin suruh orang ikut SOP tapi dia sendiri langgar SOP. Tu lah, ahli parlimen dari Parti Ajaran Sesat (PAS) “cakap tak serupa bikin”. Kalau Muhyiddin tak pecat dia, nampak sangat kelemahan dan kegagalan nya nak mengawal ahli PAS.

Pada 4 Ogos, Ahli Parlimen Kuala Nerus yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, kutuk orang yang tidak bertanggung jawab,  yang telah menyebabkan kluster Sivaganga merebak sehingga negara menyaksikan peningkatan kes Coronavirus mendadak.

Khairuddin tulis dalam Facebooknya yang punca jangkitan Coronavirus disebabkan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kementerian kesihatan.

Ia berkata, “Bermula dengan seorang, dua dan kini (3 Ogos) telah mencecah lebih 20 orang ianya cukup untuk menggegarkan tanah air.

“Puncanya apa? Gagal mematuhi SOP.

“Sekali lagi. Gagal mematuhi SOP.”

Bila akan Muhyiddin Yassin pecat Khairuddin?

Khairuddin melanggar peraturan kuarantin mencegah Coronavirus. Sesiapa yang memasuki Malaysia, setelah berkunjung ke luar negara mesti di kuarantin selama 14 hari.

Khairuddin serta keluarga melawat Turki dan gagal berkuarantin setelah pulang. Sebaliknya, mereka bergerak bebas dan menteri senang wenang hadir parlimen dan istana.

Selepas kemarahan netizen di media sosial, baru lah Khairuddin di denda RM1,000.

Tapi sekarang imej Kementerian Kesihatan Malaysia, sudah rosak. Minggu lepas, KKM kata ia sedang siasat. Hari ini, KKM kata kompaun RM1,000 sudah di bayar pada 7 Ogos. Ini jelas ada campur tangan politik.  Setiap member keluarga ada kena kompaun? Mana resit? Apa alasan Pengarah KKM kali ni?

Tindakan Kharuddin membayar kompaun tidak mencukupi,  Khairudiin patut di tuduh di mahkamah dan juga di pecat.

Muhyiddin mungkin tak sedar yang Khairuddin bawa risiko besar untuk PN.

Risiko dari persepsi politics, dari segi kerajaan menjaga kepentingan dan kesihatan rakyat, dan dari segi undang-undang.

  1. Ancaman Coronavirus jelas, tetapi risiko teruk ialah kebencian rakyat untuk PN dan PAS.

2. Kalau Khairuddin tak faham arahan kuarantin untuk urus diri, macam mana nak urus negara ni?

3. President PAS, Hadi Awang, tak berani nak tegur Khairuddin dan buat kenyataan rasmi. Kalau presiden tak kosa kritik ahli parti, dia tak ada kualiti pemimpin.

4. Khairuddin tak mahu pikul tanggung jawab, jadi dia tak layak jadi anggota Kabinet. Dia lupa yang rakyat bayar gaji dan elaun nya. Dia harus letak jawatan.

5. Kenapa pulak KKM kena jawab bagi pihak Khairuddin. Peraturan untuk  semua orang, tak kisah pangkat. Khairuddin dah dewasa, bukan kanak-kanak lagi.

6. Rakyat yang tidak mengikut peraturan akan dipenjara dan didenda. Tapi Khairuddin di layan khas macam anak raja. Dia angkuh dan bangga yang dia  tak payah patuh undang-undang.  Rakyat difahamkan yang Malaysia ada dua set undang-undang. Satu untuk ahli politik dan satu untuk rakyat biasa.

7. Soal keputusan ujian swab Khairuddin yang ia kata negatif, tidak boleh dijadikan alasan. Ia tak bolah menghalalkan sesuatu yang dilarang. Salah tetap salah.

8. Rakyat bosan dengan sikap pemimpin Melayu. Kebanyakan ahli politik Umno-Baru dan PAS ialah penyamun, pembohong, penyangak dan tak berprinsip, semacam Khairuddin.

Perangai Khairuddin membuat rakyat marah. Dia menghina parlimen, di mana rang undang-undang dibahaskan, kemudian di luluskan oleh ahli Dewan untuk di jadikan undang-undang.

Sebagai ahli parlimen, dia sendiri tidak mematuhi undang-undang. Dia menunjukkan tauladan yang buruk.

9. Khairuddin tidak pentingkan kesihatan orang lain. Isu ini melibatkan nyawa, samada test Coronavirus positive atau pun negative, itu persoalan lain.

10. Khairuddin tak pandang berat pengorbanan para doktor, jururawat dan kesemua frontliners, termasuk anggota polis. Permohonan maaf pun takda. Nama saje ustaz, tapi perangai macam mat rempit. Dia takde maruah dan takde prinsip.

Rakyat sedar Khairuddin  tengin, tapi dia tak payah tunjuk kebodohan nya.

Adakah ini ajaran Islam yang dibawa oleh PAS?

Khairuddin fikir dia boleh memperbodohkan rakyat. Jika dia enggan letak jawatan, Muhyiddin patut menghukum dan pecat  dia, sebelum rakyat menghukum PN melalui kertas undi di PRU-15

Komen
0Shares

Leave a Comment