Khairy mengaku salah, hanya bila dah kalah

 

Pada 11 Mei, Umno-Baru  sepatutnya menyambut hari ulang tahun yang ke-72; tetapi tak, ahli-parti bergaduh pulak.

Mereka marah kerana buat kali pertama dalam sejarah Malaysia, Umno-Baru hilang kuasa di kerajaan persekutuan.

Ketua Pemuda Umno-Baru, Khairy Jamaluddin, meminta maaf kepada ahli parti, kerana Umno-Baru kalah PRU-14.

Ia menyeru ahli parti kembalikan Umno-Baru, pada semangat yang asal.

Rakyat benci Umno-Baru. Bila parti dah kalah teruk dalam PRU, baru Khairy dan pemimpin Umno parti nak mengaku salah dan ambil tindakan.

Ngapa tak ambil tindakan bila perkara tu masih kecik lagi.

Semenjak dia kerja, dengan mantan PM Abdullah Badawi, dan Najib Abdul Razak, Khairy mesti tahu tentang makan rasuah dan gila kuasa pemimpin.

Bila Umno-Baru berkuasa, ahli parti cukup bongkak.

Pemimpin Umno-Baru, tak sedar, tak ingat diri, tak ingat dunia, tak nak dengor dan tak kisah, penderitaan rakyat.

Rakyat bukan buta.

Umno-Baru terpisah dari rakyat.

Umno-Baru di anggap sebagai parti golongan atas sahaja, parti yang sombong, dan  tak peduli soal integriti.

Umno-Baru bukan parti untuk orang ramai.

Umno-Baru memalukan orang Melayu. Bila pemuda Umno-Baru buat kecoh, Khairy buat diam. Dia tak sedar yang maruah orang Melayu di jatuhkan oleh kumpulan Baju Merah, Jamal Yunos.

Rakyat anggap Umno-Baru parti rasis dan tidak menjaga kemakmuran bersama kaum yang lain. Bila Jamal Yunos buat ancaman rusuhan, terhadap peniaga Petaling Street, Khairy senyap.

Umno tidak berjuang untuk semua lapisan masyarakat.

Bila rakyat nampak pimimpin Umno-Baru curi duit rakyat, Khairy tak nampak.

Bila wartawan nak soal dia, dia halau wartawan Malaysiakini keluar.

Bukan saja rakyat Malaysia, yang marah dengan sikap bongkak nya. Dalam Sukan SEA, Ogos tahun lepas, beberapa aduan telah dibuat, oleh negara peserta yang lain. Sukan SEA bukan semata-mata untuk menang pingat tapi, peserta hormati semangat bermain (fair play) dan semangat perpasukan (team spirit).

Bila Umno-Baru dah kalah, baru pemimpin nak mengaku salah.

 

Komen
0Shares

Leave a Comment