Di Kelantan, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak, mungkin juga negeri yang lain, terdapat usaha menukar agama Orang Asli (OA) ke agama Islam.
Ramai orang Malaysia, termasuk ahli politik, tidak percaya yang masyarakat OA, mempunyai agama tradisi, budaya dan cara hidup mereka sendiri, yang diwarisi turun temurun.
Kajian pakar arkailoji, tentang sejarah awal Malaysia, menyatakan yang maanusia telah menduduki tanah ini lebih dari 34,000 tahun, ia itu dalam zaman Palaeolithic.
Rakyat Malaysia yang tak percaya OA beragama, ingin menyelamatkan mereka dan cara yang di guna, ialah dengan menukar agama mereka. Mereka yang ingain menyelamatkan OA, termasuk Christian evangelis, pendakwah dari majlis Islam negeri dan juga dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.
Ada lima sebab OA di Islamkan.
Menguasai
Sebab Pertama ia lah untuk kontrol, atau mengawal dan manipulasi mereka.
Bila OA tukar agama, dia bukan saje masuk Islam, dia masuk Melayu.
Bila dia masuk Melayu, OA di beritahu yang orang melayu tak mengembara dalam hutan, dan tak boleh makan babi hutan atau pun memburu binatang yang biasa di makan dulu.
Walaupun ramai orang SEDAR yang “masuk Islam” TIDAK SEMESTINYA bermakna “masuk Melayu”, tetapi ada dakwaan yang kerajaan MENGAMBIL PELUANG dan KESEMPATAN nak memberi gambaran itu, supaya beberapa OA senang di kawal.
Kerajaan akan pindahkan mereka dari hutan, ke kampung yang berlokasi jauh dari tanah adat mereka. Tadke OA, maknanya takde blockade dalam hutan, dan tiada lagi kekecohan.
Kerajaan akan keluarkan permit membalak, atau menggali logam. Jadi, dengan mudah saje, kerajaan boleh mulakan process merampas dan menceroboh tanah adat OA.
Syarikat dan kerajaan gembira, boleh buat duit, tapi OA dalam kampung, selalunya hidup menderita. Dia sudah masuk islam, sinonim dengan masuk Melayu, dan sebagai orang melayu, dia tak berhak nak tuntut tanah adat OA.
Lagi satu, cara mereka kebumi mayat, kena ikut cara islam. Lama kelamaan, bahasa dan adat resam mereka, yang berkait dengan tanah adat mereka, hilang begitu sekali sahaje.
Pendakwah Percaya Yang Ia Mendapat Pahala dan Guarantee Masuk Syurga
Sebab kedua mengislamkan OA ialah untuk mendapat pahala dan fast track ke syurga. Selama 62 tahum sistem pendidikan Malaysia, telah berjaya memperbodohkan orang Melayu. Yang mampu menderma beribu atau pun berjuta ringgit ke mesjid, percaya boleh dapat guarantee pahala dan masuk syurga. Sama seperti pendakwah yang berjaya memujuk OA tukar agama nya ke Islam. Mereka percaya, dapat pahala dan senang masuk syurga.
Menambah Jumlah Orang Islam dalam Negara
Sebab Ketiga mengislamkan OA ialah untuk meningkatkan jumlah orang islam dalam negara. Kan orang Islam senang di control? Tengok saje keliling kita ni. Tengok pada orang Melayu sekarang. Itu salah, ini salah, semua salah dan tak boleh di buat, takboleh di pakai, tak boleh di tengok, tak boleh di makan, tapi… kawin empat, kawin budak kecil atau remaja, dan curi duit rakyat dan bohong pada rakyat, semua ok saje.
OA di Jadikan Deposit Undi dalam Pilihan Raya
Sebab Keempat mengislamkan OA ia lah OA adalah deposit undi. OA yang masuk Islam, dijadikan deposit undi kepada kerajaan, setiap lima tahun, dalam pilihan raya umum. Se-umpamnya, terdapat ramai penduduk OA dalam kawasan undi Chenderiang, di Perak. Dalam PRU-14, undi OA berjaya memberi kemenangan pada wakil ini. Walaupun jumlah kemenganan hanya 39 undi sahaja, wakil ini berjaya menjadi Mentri Besar Perak.
Pendakawah terima insentif serta bonus
Sebab Kelima mengislamkan OA ialah untuk mendapat insentif. Pendakwah, atau pekerja komuniti Majlis Agama negeri dan JAKIM, yang berjaya mengislamkan berramai2 OA, mungkin naik pangkat atau dapat bonus. Ini macam jual tupperware atau kosmetik. Lagi ramai, pelanggan beli benda tu, lagi besar bonusnya.
OA bebas memilih agama, tetapi terdapat terlalu banyak dakwaan yang mereka telah di paksa, memasuki Islam. Kalau mereka enggan masuk Islam, mereka diancam akan di bunuh, atau pun, pertolongan dari kerajaan, akan di hentikan.
Sila berhati-hati dengan ahli politik, orang ulama, pendakwah dan pemimpin. Jangan terlalu percaya pada janji yang di buat, kerana hanya satu atau dua sahaje, dari mereka, yang ikhlas.
NB: Memang benar, ada beberapa OA yang ingin memeluk agama Islam. Tetapi dakwaan paksaan atau ancaman, mesti di siasati.
Leave a Comment