Lombong pasir: Nelayan menderita, tetapi pemaju pembinaan semakin kaya

Terima Kaseh ke Man, “Otai Manjung” dari KUASA (Kumpulan Aktivis Sahabat Alam)

Pasir! Bahan biasa saje. Tetapi bila pasir di-campur dengan simen untuk di-jadikan konkrit, ia boleh di-guna membina bangunan dan jambatan.

Walaupun harga pasir agak murah, berbanding dengan berlian, sekarang ini, pasir menjadi sumber kekayaan, dan juga punca rasuah. Ia membawa penderitaan dan manusia sanggup membunuh kerana nya.

Tetapi di Perak dan Pulau Pinang (PP), pasir menjadi punca kemarahan Bantahan tambak laut di-PP bukan pertentangan antara PP dan Perak. Bantahan bukan kerana tak mahu kemajuan dan pembinaan. Namun begitu, bantahan tambak PP mengamalkan hak-hak nelayan dan alam sekitar kita.

Pasir masaalah antarabangsa

Pada 3 Oktober tahun lepas, PM Dr Mahathir Mohamad telah memerintah kerajaan melarang semua eksport pasir laut ke Singapura. Tindakan untuk menghentikan penyeludupan pasir secara haram, yang mungkin melibatkan pegawai yang mengamalkan rasuah.

Singapura berjaya meluas tanahnya sebanyak satu perempat sejak kemerdekaan pada tahun 1965. Ia guna pasir dari Indonesia, Malaysia dan Kemboja. Indonesia telah kehilangan beberapa kawasan pantai dan pulau. 

Sila klik link untuk video

Video ini menunjuk kemarahan beberapa  rakyat Kemboja. Pasir dari Kemboja diguna untuk meluaskan kawasan Singapura tetapi mereka kehilangan pulau, kekurangan tangkapan ikan, kemerosotan cara hidup dan penduduk tepi laut, mungkin mengalami bah dan ancaman ombak besar.

Di Mumbai, mafia pasir, iaitu gangster telah membunuh wartawan yang buat laporan tentang perlombongan pasir haram. Rasuah meningkat kerana orang kerajaan terlibat.

Jadi, kalau ada rakyat Malaysia yang marah kawasan Singapura di-luaskan, same juga perasaan negeri orang Perak. Mereka marah perlombongan pasir laut.

Satu. Akibat melombong pasir.

Jadi, mengapa orang Perak marah?

Kerajaan PP ingin melaksanakan projek tambak laut, untuk membentuk tiga buah pulau buatan, di Perairan Selatan Pulau Pinang.  Projek dinamakan “Penang South Reclamation” iaitu PSR. Tujuan projek bagi menjana pembangunan ekonomi negeri, dan membiayai pelaksanan Pelan Induk Pengangkutan, (PIP) Pulau Pinang.

Pasir membina pulau, akan di-lombong dari lautan kelilingi Perak. Sebanyak 190 juta kubik metre pasir akan dilombong.

PP tambah kawasan tetapi Perak tambah masaalah.

Projek PSR akan menjejaskan 1,800 nelayan di Teluk Kumbar dan Teluk Bahang, dan kehidupan lebih 6,000 nelayan di Perak.

Bukan saja nelayan yang terancam. Mereka yang terancam termasuk pemilik akuakultur iaitu penternak ikan dan udang dalam kawasan perairan paya lebar, peladang yang berhampiran kawasan pantai, ahli badan pelancongan-eko serta pekerja industri yang berkait dengan perikanan dan pertanian, seperti pembuat bot dan pembekal alat pertanian.

Dua. Kesan buruk melombong pasir

Perlombongan pasir, baik yang sah dan yang tidak sah, dari laut atau sungei, berpotensi mencemar alam sekitar dan ekosistem. Melombong pasir laut banyak kesan buruk.

  1. Melombong pasir buat tebing pantai jadi tak stabil. Hakisan tebing boleh rosakkan infrastruktur seperti jalan raya, jambatan dan bangunan. Tanah di-tebing pantai senang roboh akibat ombak, arus laut dan angin. Pokok tepi laut akan tumbang.
  2. Pantai Segari di-Manjung, kawasan penyu bertelur telah pun terancam. Penyu mungkin jadi pupus.
  3. Melombong pasir laut, dan menambak pasir, akan buat air keroh dan memusnah ekosistem pembiakan udang, ketam, kerang, ikan serta terumbu karang. Bila kwaliti air merosot, hasil tangkapan laut kekurangan.
  4. Akuakultur dijalankan dalam perairan paya bakau, dan mariculture ialah pembiakan marin seperti kerang, udang dan ikan dalam lautan terbuka. Jika aktiviti tebus guna di mulut sungai menyebabkan kehilangan ekosistem pembiakan udang, melombong pasir lagi teruk akibatnya.

    Credit Malay Mail

  5. Kawasan paya bakau Perak, terutamanya di-Kuala Sepetang, dan Kuala Kurau sangat penting. Bakau merupakan penghalang semulajadi, dan melindungi kawasan tanah rendah, dari gelombang pasang surut, ombak besar apabila ribut, paras laut yang meningkat dan tsunami. Melombong pasir akan menjejas kawasan paya bakau.
  6. Tempat perlindungan burung di Kuala Gula di Matang, menarik pelancong seluruh dunia. Akitiviti melombong pasir, berpotensi mengancam bidang pelancongan-eko di Kuala Sepetang.
  7. Bukan saja air laut jadi keroh, tetapi kawasan paya bakau, mungkin tercemari, dan ekonomi dari bidang akuakultur, iaitu ternakan udang, turut terancam.
  8. Melombong pasir laut mendedahkan batu-batu di-dasar laut, yang merosakkan pukat dan bot nelayan. Memperbaiki pukat dan bot sangat mahal. Siapa yang akan menolong pihak nelayan?
  9. Tebus guna dan melombong pasir menyebabkan (logam berat) heavy metals yang terperangkap dalam dasar sungei, naik ke permukaan air. Ini berpotensi menjejas kesihatan.
  10. Sebelum projek di-luluskan, kajian saintific tentang lombong pasir sepatutnya di-jalankan pihak universiti bebas, yang tidak terkait dengan pemaju pembinaan. Beberapa jenis ikan dan udang akan pupus. Ekosistem tidak akan pulih kembali dan mungkin hilang selama-lamanya.

Ketiga. Ambil tindakan

Projek PSR memerlukan kajian yang lebih mendalam. Oleh kerana pasir dari perlautan Perak akan di guna, Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu, mesti ambil tindakan segera dan kaji semula impak dan ancaman pada alam semula jadi.

Kaum nelayan, pihak akademia, peladang, pakar marin serta ahli akademia mesti membantah dan minta kerajaan PP dan Perak buat kajian yang lebih teliti.  Projek mesti di-batalkan jika kesan terlalu buruk.

PP mempunyai watak uniknya, dan kerajaan negeri tak payah nak tiru Hong Kong, Singapura atau New York. 

Pihak nelayan tak mampu rumah projek PSR yang beratus-ratus ribu atau berjuta ringgit. Yang untung ialah kerajaan, pemaju pembinaan serta orang asing yang kemampuan.

Kita mesti bertindak sekarang. Kalau tidak cara hidup dan pendapatan nelayan akan terjejas, dan suatu hari, anak cucu kita akan merasa kesan buruk pencemaran alam sekitar dan kemerosotan kualiti dan bekalan air. 

#PenangTolakTambak   #SavePenang 

Credit and sources:

Special thanks to

  1. IndiaWaterPortal
  2. National Geographic
  3. TedxTalks
  4. Peoplesdocumentary
  5. Persatuan2 nelayan negeri Perak dan Pulau Pinang
  6. KUASA
  7. Penang Forum
  8. SAM Penang chapter
Komen
0Shares

Leave a Comment