Maklumat untuk Pengundi Pos Luar Negara. Daftar dengan segera. Tentukan masa depan negara anda

PM Najib Razak telah mengumumkan bahawa Parlimen akan dibubarkan esok (7 April 2018). Ini bermakna pendaftaran undi pos juga akan ditutup pada jam 12 malam 7 April 2018 (GMT+8).

Semua pengundi Malaysia di luar negara, yang tidak dapat balik mengundi di seru mendaftar sebagai pengundi pos dengan SEGERA. Setiap undi anda penting untuk menentukan masa depan negara.

Baca lanjut:

Berikut adalah proses undi pos untuk Rakyat Malaysia yang berada di luar negara. (Dari Bersih

Informasi ini adalah daripada SPR.

  1. Pengundi harus memohon untuk mengundi melalui pos dengan mengisi borang 1B.
  2. Pengundi yang berjaya menjadi pengundi pos akan menerima kertas undi selepas hari penamaan calon.
  3. Kertas undi akan diposkan kepada alamat yang tertera di dalam Borang 1B seperti mana yang dimohon oleh pengundi.
  4. Pengundi akan menerima satu sampul keutamaan yang mengandungi Sampul A, Sampul B dan Borang 2.
  5. Di dalam sampul B, akan ada kertas undi. Jikalau kawasan anda mempunyai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), maka akan ada 2 sampul. Warna putih untuk kertas undi Parlimen, dan warna merah jambu adalah untuk undi Dewan Undangan Negeri (DUN).
  6. Setelah anda memangkah pada kertas undi, sila masukkan kertas undi di dalam sampul A.
  7. Borang 2 harus diisi oleh pengundi.
  8. Setelah tamat memangkah pada kertas undi dan mengisi Borang 2, sila masukkan Sampul A dan Borang 2 kedalam Sampul B.
  9. Poskan semula ke Pejabat Pegawai Pengurus iaitu RO (Returning Officer). Alamat RO sudah dicetak di atas Sampul B.

Cadangan BERSIH:

  1. Jikalau boleh, sila balik ke Malaysia dan undi sebagai pengundi biasa. Ini adalah cara yang paling selamat untuk memastikan undi anda diambilkira dalam pilihanraya.
  1. Jikalau tidak dapat pulang, berikut adalah nasihat kami.
  • Setelah anda mendapat kertas undi dan sampul daripada SPR, pangkah dengan segera pada kertas undi dan gunakan khidmat ‘courier ” untuk mempercepatkan penghantaran semula kertas undi kepada Pejabat Pegawai Pengurus iaitu RO (Returning Officer) yang tercetak di atas sampul A.
  • Kami mencadangkan penggunaan khidmat ‘courier’ kerana anda sebagai pengundi boleh membuat “live tracking” pos anda dan juga khidmat ‘courier’ akan mempercepatkan penghantaran sampul anda ke lokasi Pejabat Pegawai Pengurus (RO). Yang lebih penting lagi adalah pihak RO perlu menandatangani penerimaan sampul anda dengan syarikat courier service sebagai bukti undi anda diterima oleh pihak RO.
  • Pastikan anda menghantar semula kertas undi anda secepat mungkin dan pastikan ia akan tiba sekurang-kurangnya 2 (DUA) hari sebelum hari buang undi.
  1. Namun, jikalau anda mahu menghantar semula kertas undi anda kepada keluarga anda untuk disampaikan kepada Pejabat Pegawai Pengurus (RO), BERSIH 2.0 mengesyorkan anda menghubungi SPR di talian 03-88810081 untuk mendapatkan penjelasan yang seterusnya akan proses ini. Ini adalah kerana tempat pengundian and pejabat RO mungkin diumumkan sebagai tempat larangan (restricted area) pada hari pengundian.

MAKLUMAT LANJUT

Buat masa sekarang, undi pos adalah satu-satunya alternatif kepada pengundi di luar negara yang tidak akan pulang untuk mengundi semasa pilihan raya umum nanti.

And boleh muat turun Borang 1B untuk mendaftar sebagai pengundi pos di sini: tinyurl.com/undipos1b. Pautan ini akan menghubungkan anda dengan Borang 1B yang telah dimuat naik di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Anda boleh menghantar borang yang lengkap ke emel upup@spr.gov.my. Anda juga akan menerima respon dari SPR untuk memberitahu bahawa borang anda telah diterima dan sedang diproses.

Sila rujuk: http://www.spr.gov.my/sites/default/files/KM%20Bil%2006-2018.pdf

=================================================================

Selamatkan Malaysia dari kleptokrasi

Komen
0Shares

Leave a Comment