MAS tak harus biarkan syarikat nya dibuli oleh NGO.

Pada 21 Januari 2019, Malaysia Airlines (MAS) memohon maaf kerana foto dalam majalah penerbangannya, Going Places, edisi Januari 2019, telah menyinggung beberapa individu.

MAS tunjuk photo saje, bukan dia suruh makan

MAS tunjuk photo sahaja. Dia bukan suruh pelanggannya makan babi. MAS ialah penerbangan antarabangsa. Majalah ini mempromosikan beberapa restoran, atau hidangan keistimewaan, yang menjadi ciri destinasinya. Ramai pelanggan MAS dari pelbagai negara dan agama.

MAS tidak sepatutnya meminta maaf, walaupun photo itu menunjuk daging lembu, babi, ayam, kepala domba, mata domba, embrio itik atau ular.

Isu di bangkitkan NGO kerana mereka fikir photo menunjuk daging babi. Sebenarnya gambar itu bukan daging babi tetapi daging lembu.

Mungkin orang dalam NGO itu tak pernah makan daging wagyu. Mungkin mereka biasa makan daging yang dibakar sampai hangus rentong dan tak tahu menikmati daging lembu yang mahal dan kemerah-merahan.

Jangan biar syarikat di buli

MAS tidak patut bagi muka pada pembuli.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat trend untuk mengharamkan foto atau imej anjing dan babi, kerena haiwan ini haram pada umat Islam. Tahun lepas, beberapa pasar raya besar terpaksa menarik balik kemeja-T yang di buat, khas untuk Tahun Baru Cina. T-shirt baru telah dicetak semula hanya dengan 10 watak kartun daripada 12 haiwan di zodiak itu. Betapa bodohnya!

Ramai orang Melayu/Muslim di Malaysia akan digelar salji (snowflake), iaitu seseorang yang berfikiran dia sangat istimewa. Sebenar nya, dia terlalu emo. Dia mempunyai hak yang keterlaluan, dia mudah tersinggung dan dia marah orang lain mempunyai pendapat yang berbeza.

Adakah orang Melayu begitu lemah sampai tak boleh tengok imej anjng, babi, dan gambar makanan diperbuat dari daging babi? Bukan kita suruh dia makan.

Orang Melayu macam snowflake (kepingan salji)

Orang Melayu yang digelar snowflake lama kelamaan akan pupus, sama macam kepingan salji yang mudah  jadi cair. Orang yang digelar snowflake, takut bayang mereka sendiri.

Piggy bank, balang kecil yang diguna kanak-kanak untuk menyimpan wang, telah diharamkan dah beberapa dekad. Patut lah ramai pemimpin Melayu sekarang ni kuat belanja sahaja, curi duit rakyat dan tak tahu berjimat. Semasa kanak-kanak dulu, mereka terpaksa buang piggy bank mereka.

Anjing mempunyai saraf mencium yang kuat. Binatang ini dapat mengesan bau dadah dan senang cari banduan yang telah melarikan diri.

Jika anjing diharamkan, adakah PDRM perlu menggunakan kambing dan bukan anjing, dalam unit anjing mereka? Malangnya, kambing adalah sumber bau yang kuat dan busuk.

Nama hot-dog untuk snek frankfurter dalam roti telah dilarang. Kita tidak boleh menonton filem “Babe”. T-shirt yang bergambar babi atau anjing tidak boleh dipakai. Komik Asterix, dan cerita televisyen Lassie atau kartun animasi Scooby Doo, akan diharamkan.

Orang Melayu yang mudah tersinggung, harus memeriksa kepala mereka sendiri, untuk penyakit mental.

Komen
0Shares

Leave a Comment