Masa dulu Nazri tak berani bising tentang kegagalan Proton, dan peranan Khazanah

Kemana dia hilang selama ini? Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz, seagak agak merangkak keluar dari Putrajaya, hanya beberapa hari lalu, untuk melihat Proton dalam kesusahan. Kenapa dia berdiam diri apabila Dr Mahathir Mohamad masih perdana menteri? Dari 1999 ke 2004, Nazri adalah Menteri Pembangunan Usahawan.

Nazri mengatakan bahawa kegagalan Proton di sebabkan oleh  Dr Mahathir. Mengapa tak soal siasat pernanan yang di mainkan oleh Khazanah Berhad? Seperti MAS, masaalah Proton semakin teruk selepas Khazanah memperolehinya.

Dengan adanya media sosial, Nazri mesti sedar bahawa kritikan terhadap Proton telah membanjiri rangkaian siber. Pengguna Proton, mengadu tentang tingkap, lapisan anti-karat dan tingkap kuasa.

Rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara beritahu yang model Proton yang di export, lebih kukuh dan ciri-ciri keselamatan telah di tambah. Mereka juga mengatakan kereta dieksport lebih murah daripada yang dijual di Malaysia.

Nazri naik marah terhadap bantahan bekas PM untuk menjual Proton kepada syarikat luar negara.

Bila ia kata Proton telah gagal, Nazri tak sedar ke yang ia menghina berjuta juta rakyat yang  berpendapatan rendah dan sederhana. Kalau tidak kerana Proton, mereka tidak mampu untuk menikmati pemilikan kereta.

Nazri lupa juga beratus-ratus ribu pekerja yang bergantung kepada Proton untuk pekerjaan. Sama juga pada mereka dalam industri berkaitan.

Selama ini, Nazri tidak berani bising tentang masaalah Proton

Kecekapan Proton boleh di capai dan juga masaalah Proton bukan nya timbul beberapa bulan yang lepas. Mengapa Nazri tidak berurusan untuk mengatasi masaalah ini, beberapa tahun lalu dan bukan membangkitkan perkara ini sekarang?

Ia hanya menggunakannya isu Proton sebagai senjata terhadap Dr Mahathir.

Masalah dalam Proton sama juga dengan masalah perkhidmatan awam. Nazri sedar akan perkara ini, yang termasuk gaji tinggi dan pelbagai manfaat, tidak boleh dikekalkan, terutama pada masa kemerosotan ekonomi. Tiada siapa yang mempunyai kemahuan politik untuk berhadapan dengan masalah ini.

Pada tahun 2012, Dr Mahathir memberitahu Bloomberg TV bahawa prestasi Proton agak baik sejak ia dilancarkan pada tahun 1983. Pada tahun 2002, setahun sebelum beliau meletakkan jawatan, Proton telah menikmati 60 peratus bahagian pasaran kereta. 

Dr Mahathir mengaitkan kemerosotan Proton dengan campur tangan ahli politik, kegagalan kerajaan untuk mengumpul duti import daripada pengimport kereta dan kegagalan untuk melakar masa depan yang jelas bagi syarikat itu.

Proton mula merosot selepas Tengku Mahaleel Tengku Ariff dibuang sebagai Pengarah Urusan pada tahun 2005. Tengku Mahaleel telah berjaya mengumpul rizab tunai yang melebihi RM4 bilion, dan ia telah membina sebuah kilang 150,000 unit yang besar di Tanjung Malim.

Sesetengah pemerhati mendakwa bahawa penyingkiran Tengku Mahaleel di akibatkan kritikannya terhadap sistem AP. Ia kesal yang kenderaan import akan membuat Malaysia jadi hab pemasangan kereta, dan bukannya asas pembuatan automotif.

Komen-komen ini tidak di terima oleh kerajaan, dan kontrak Tengku Mahaleel telah ditamatkan.

Setelah Khazanah mendapat Proton, dana yang Tengku Mahaleel membina telah habis. Ke mana pergi nya wang itu?

Dengan Proton memerlukan suntikan wang tunai yang besar, tidak menghairankan yang ia akan dijual kepada sesiapa yang berminat.

Itulah sebabnya kemarahan Nazri terhadap Dr Mahathir, bukan mengenai Proton. Ia adalah mengenai politik dan salah urus negara.

Komen
0Shares

Leave a Comment