Masaalah coklat kepunyaan Najib

Dalam satu temu bual bersama Reuters, bekas perdana menteri, Najib Abdul Razak berkata, beliau tidak patut dipersalahkan atas skandal 1MDB.

Dia mendakwa tidak tahu-menahu, bagaimana wang dari dana milik kerajaan Malaysia, boleh masuk dalam akaun peribadinya. Dia tak tahu yang dana 1MDB, telah diselewengkan.

Dia kata pengarah 1MDB, patut maklum kepada  nya, jika terdapat sesuatu yang tidak betul, dan tidak mengikut undang-undang.

Mudah nya, Najib lepas tangan, tuduh orang lain dan nafikan penglibatan nya dalam skandal 1MDB.

Seluruh Malaysia dan juga satu dunia, telah cuba beri amaran kepada nya dan ketua pegawai eksekutiv, Arul Kanda, tentang skandal ini. Tapi kedua mereka buat buta dan pekak.

Sesiapa yang bersuara, seperti mantan timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin, ahli parlimen Shafie Apdal, dan Peguam Negara,  Abdul Gani Patail, di pecat.

Rakyat yang kritik isu 1MDB, dalam sosial media, di tangkap polis dan di dakwa dengan hasutan.

Najib berani buli rakyat Malaysia, tapi takut ambil tindakan terhadap American Department of Justice, dan surat khabar, The Wall Street Journal.

Najib telah  memalukan rakyat Malaysia di mata dunia. 1MDB menyebabakan hutang negara melambung sampai RM1 trillion ringgit. Anak cucu kita, yang akan tanggung beban.

Pemimpin tak boleh lupakan tanggungjawab mereka, atau serahkan tanggungjawab ni, pada orang lain. Jenayah telah dilakukan. Wang tidak bergerak sendiri seperti magic. Mesti ada orang arah kegunaannya.  

Najib nafikan duit 1MDB di guna untuk beli kapal pesiaran mewah, lukisan, intan-berlian, dan hartanah bernilai tinggi.

Dia kata pembelian barang2 dibuat tanpa pengetahuan nya, dan kalau dia tahu, tak izinkan dana 1MDB di guna.

Walaupun duit 1MDB masuk akaun peribadi nya, dia tak pulak panggil polis dan buat laporan. Mengapa tak?

Najib dan Umno-Baru mesti sedar, di era Malaysia baru ini, rakyat tak akan terima sebarang penafian.

Rakyat utamakan ahli politik dan pengarah jabatan yang jujur, telus, bertanggungjawab dan adil. Mereka tak akan ragu2 ambil tindakan terhadap penjenayah.

Najib nafikan isu penyelewengan duit rakyat. Dia lebih bimbang  coklat yang hilang dari peti ais kediaman-nya, dalam serbuan polis baru2 ni.

 

Komen
0Shares

Leave a Comment