Mengapa Najib tak simpan duit dalam bank?

Rakyat nak tahu, mengapa bekas Perdana Menteri, Najib Abdul Razak, simpan RM120 juta dan mata wang asing, di rumahnya?

Mungkin bila bosan jadi ahli parlimen, dia nak cuba kerja baru, sebagai pengurup wang (money-changer), atau pun sebagai “ah long”.

Pada minggu lepas, rakyat Malaysia terhibur dengan serbuan polis, di tiga kondominium dekat Pavilion dan juga rumah Najib. Beberapa orang berpendatap, serbuan polis tu, lagi syok, dari menonton Drama Minggu ini.

Seramai 22 pegawai bank, mengambil masa tiga hari, nak  kira wang rampasan.

Lagi 37 beg, yang mengandungi barang kemas, beg tangan jenama, dan jam, sedang dipasti nilai nya.

Wang rampasan beratus juta, semacam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) (atau pun GDP) pulau yang terkecil dan tak maju sangat, di lautan Pacifik.

Saya fikir, mungkin tak banyak, cawangan bank, di bandar  Malaysia, yang simpan lebih dari RM114 juta wang tunai dan mata wang asing, dalan peti besi mereka

Beberapa hari kemudian, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), serbu rumah dan pejabat bekas Pengerusi Tabung Haji, yang juga Wakil parlimen Baling, iatitu, Abdul Azeez Abdul Rahim.

Rampasan dari rumah Abdul Azeez, kecik saje, hanya RM500,000 iaitu setengah juta ringgit.

Orang biasa, macam anda dan saya, simpan wang dalam bank, tetapi Najib dan Abdul Azeez, tak pulak? Mengapa?

Mungkin mereka nak elak Jabatan Cukai Pendapatan (Income Tax Department).

Dari mana dapat berjuta-juta ringgit tu? Adakah ia dana, atau hadiah daripada penyokong, mungkin juga wang tabung semenjak remaja dulu? Adakah duit ni dari sumber tak halal, seperti kecurian?

Bila saya bekerja dengan syarikat multi-national, hadiah, yang harganya lebih daripada RM50, perlu diisytiharkan. Menerima wang dari pelanggan, pembekal atau kontraktor, adalah kesalahan besar. Pekerja yang terima duit, akan dipecat dengan serta merta.

Dokumen pejabat, tak boleh dibawa balik ke-rumah. Kita di beritahu yang dokumen rasmi, telah di rampas, dari rumah Najib. Sepanjang perkhidmatan nya, Najib tidak jalankan tugas dengan profesionalisme, integriti dan ketelusan.

Satu lagi soalan. Wang yang disimpan di rumah Najib dan Abdul Azeez,  telah  dibawa, dari sesuatu tempat.  Dari bank ke? Bank yang mana? Siapa yang mengangkut duit tu? Siapa bagi kuasa?

Nak transport duit sebanyak tu, akan mengambil masa yang lama. Berapa trak dia guna? Berapa perjalanan telah di buat oleh trak itu? Maklumat penting boleh di dapati dari CCTV.

Perompak bank patut curi dari rumah ahli politik Umno-Baru

Sepatutnya, pencuri dan perompak, mesti ubah modus operandi mereka. Lebih susah, nak curi dari ATM, atau peti besi bank. Nampaknya, sasaran yang lebih mudah, ia lah rumah ahli politik Umno-Baru.

Adakah wang rampasan ini, baki dari kegunaan PRU-14? Ataupun, wang ini akan di pergunakan, dalam masa akan datang, untuk menyuap beberapa ahli parlimen dan ADUN, supaya mereka jadi katak dan melompat parti.

Polis kata yang mesin mengira wang, telah juga di rampas. Saya cuma guna tangan, nak hitong wang simpanan. Tapi bukan Najib. Dia terlalu banyak duit, terpaksa guna mesin mengira, seperti dalam bank.

Sementara itu, Abdul Azeez mendakwa, yang RM500,000 dalam rumahnya, untuk perjalanan ke Gaza. Betul kah ni? Mana tahu, mungkin ini alasan saje, sebab dia dah kena tangkap.

Kalau polis serbu rumah ahli politik Umno-Baru/BN, yang selama ni buat diam, mungkin polis, akan jumpa berjuta-juta ringgit lagi, tersorok bawah katil, dalam bilik stor dan bilk sulit mereka.

Mana ler tahu. Mungkin dah buat lari duit tu, disorok di rumah kawan atau saudara mereka.

Komen
0Shares

Leave a Comment