Nama saya Mariam Mokhtar dan saya harap kami dapat berkerjasama mengubahkan Malaysia ke negara yang harmoni.
Saya telah di besarkan di Kuala Lumpur dan Ipoh, dan menerima persekolahan menengah di Main Convent, Jalan Brewster, Ipoh sebelum melanjutkan pelajaran di luar negara.
Bertentangan dengan pendapat popular, saya bukan seorang wartawan, tetapi seorang ahli kimia dan saintis dalam kawalan pencemaran alam sekitar (pollution control scientist).
Selepas universiti, ia telah bekerja di Scotland, England, Eropah dan juga Borneo.
Pekerjaan di Sabah dan Sarawak telah mendedahkan saya pada kemusnahan hutan, pencemaran alam sekitar, dan kehidupan orang-orang asal di Sabah dan Sarawak, manakala perjalanan balik ke kampung saudara-mara, di Perak, “membuka mata” kepada penderitaan golongan miskin.
Semasa mengiringi rakan-rakan dan keluarga saya ke mahkamah syariah, saya telah didedahkan pada sistem mahkamah syariah yang kurang adil, kurang berkesan, di mana kaum wanita jarang menerima keadilan dan hak sepenuh nya.
Pengaruh besar
Pengaruh besar dalam kehidupan saya ialah:-
- datuk saya, yang telah menggalakkan beliau mempersoalkan mereka yang menyalahgunakan kuasa;
- nenek yang pentingkan kerhamonian dan kerja-kerja amal;
- ibu saya yang nasihatkah jangan berputus asa dan cuba sehingga berjaya,
- bapa saya yang menggalakkan saya menulis;
- ibu saudara saya, yang cabaran hidup sebagai orang kurang upaya mendorong saya untuk memberi suara kepada mereka yang tanpa bersuara; dan
- Mrs Khor, guru bahasa engris di Main Convent, Ipoh, yang menanamkan nilai-nilai kejujuran dan bercakap benar dalam murid-murid nya.
Saya mempunyai tali pinggang hitam dalam Tae-Kwon-Do, menikmati berbasikal, menanam tumbuh-tumbuhan bonsai dan telah membantu menulis tiga buah buku, tetapi masih belum dapat mencari masa, untuk menulis buku nya sendiri.
Saya seorang tradisionalis yang bukan konformis, yang menghargai perubahan, apabila perubahan di perlu. Berani bersuara untuk mereka yang tidak mempunyai suara, yang lemah, dan mereka yang telah dirompak hak mereka.
Pena saya berfungsi sebagai senjata untuk menuntut dua perkara: Keadilan dan kebenaran. (Truth and justice)
Saya juga berpendapat yang kami perlu berdialog, berbincang dan mendedahkan isu penting, dalam Malaysia. Isu seperti perkauman, agama, penyalahgunaan kuasa, kezaliman dan korupsi.
Yang tak elok di hapuskan. Yang bagus di galakkan.
Terima kasih.
Dasar privasi
Sekiranya anda meninggalkan e-mel anda semasa membuat komen di laman web ini, saya tidak akan menjual e-mel anda kepada pihak ketiga. Yang penting ialah perbincangan dalam kalangan rakyat, mengenai keadaan socio politik di Malaysia.