Menteri Kesihatan harus mengharamkan aksi publisiti dalam ICU

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, cedera parah semasa bertugas di kawasan kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, Subang Jaya pada 27 Nov 2018.

Pada malam itu, Adib sedang menjalankan tugasnya untuk mengawal kereta-kereta terbakar, menghentikan api dari menyebar, serta melindungi orang-ramai dan harta-benda.

Ia meninggal dunia tiga minggu kemudian, pada 17 Disember. Kecederaannya masih di siasat polis. Sesetengah orang mendakwa dia dipukul dalam rusuhan di  kuil. Beberapa orang mendakwa dia dilanggar oleh kereta bomba yang sedang gostan.

Bedah siasat yang dibuat selepas kematiannya, mungkin dapat mendedahkan keterukan kecederaannya. Kecederaan dalaman yang disebabkan oleh pemukulan, berbeza dari kecederaan dalaman kena himpit kereta yang besar seperti kereta bomba.

Apabila Adib diletakkan di ICU, atau pun Unit Rawatan Rapi, sepatutnya ia menerima pelawat pada masa yang tertentu sahaja. Maksimum dua pelawat, biasanya ahli keluarga saje, dibenarkan masuk pada sesuatu masa.

Ketetapan ini dikuatkuasakan dengan tegas kerana:-

Pesakit perlukan pemantauan, penjagaan kejururawatan dan sokongan rawatan rumit.

Pesakit perlu berehat untuk beransur pulih.

Pelawat mungkin meletihkan pesakit dan sebarkan jangkitan.

Jadi mengapa hospital benarkan ramai pelawat yang bukan keluarga, dari Sultan kepada ahli politik kanan dan bekas perdana menteri, untuk mengunjungi Adib?

Perarakan dan sarkas seperti ini perlu berakhir sekarang. VVIP, selebriti dan bekas perdana menteri bukan datang berseorangan. Mereka di iringi rombongan iatiu pembantu, pengawal peridbadi dan juru kamera.

Apa khidmat yang mereka beri Adib? Saya fikir keluarga Adib tidak dapat membantah isu pelawat selebrity.

Para kakitangan perubatan, lembaga hospital dan ahli keluarga pesakit, harus membantah amalan idiotik ini, dimana peraturan ICU tidak ikuti.

Hanya saudara rapat, seperti ibu bapa Adib, adik-beradik dan tunang, sepatutnya dibenarkan melawatnya dua kali pada satu-satu masa.

Gambar diambil untuk memperolehi publisiti dengan mangsa, nak menunjuk yang mereka kasih sayang pada pesakit. Perbuatan ini tidak ikhlas. Mereka hanya mahu kelihatan baik di mata orang ramai.

Kakitangan, termasuk ketua dan pengarah hospital yang benarkan lawatan nak buat publisiti, dalam ICU, harus dipecat. Adakah Menteri Kesihatan setuju?

Komen
0Shares

Leave a Comment