“Mercedes-Islam” di mana rakyat Kelantan di ketepikan

Ingat tak gambar ni? Ini logo Mercedes-Benz yang di dirikan diatas bukit berhampiran dengan main road nak masuk Ipoh.

Masa dulu, Ipoh bandaraya jutawan kerana ramai towkay bijeh-timah.

Expot kereta Mercedes yang terbesar sekali dari negara Jerman ialah ke negeri Perak. Itu sebabnya logo Mercedes terdapat di Ipoh.

Sekarang Perak tak gali bijeh timah. Sekarang Perak jadi negeri kedua miskin di semenanjung & Logo Mercedes diturunkan.

Tetapi, bulan lepas, terdapat berita yang logo dan bendera Mercedes di jumpai di negeri Kelantan.

Sebanyak 14 kereta mewah Mercedez di beli untuk MB, timbalannya, setiausaha negeri dan jawatankuasa eksekutif negeri.

Arab Saudi mempunyai Islam Wahabi, Afghanistan ada Taliban, Syria ada ISIS, Muslim Brotherhood ada di Mesir, dan di Kelantan, terdapat “Mercedes-Islam”.

Pak Lebai menggalak orang Kelantan beli barang keluaran orang Muslim saje dan guarantee mereka akan hidup bahagia di syurga. Pak Lebai dan Pemimpin Kelantan kata mereka sanggup tanggung dosa dan pikul beban akibat mengguna teknologi Christian yang terbaik di dunia, termasuk kejuruteraan Mercedez.

Orang Kelanta tak marah. Mengapa?

Yang pelik nya pada tahun 2018, pemimpin Kelantan kata ia tak mampu bayar gaji pekerja awam. Mereka pohon Menteri Kewangan di Putrajaya pinjamkan RM100 juta.

Kita tak sangka, duit itu juga di guna untuk membeli 14 kereta mewah. Kereta MB Hj Ahmad Yakob berharga pasaran RM700k, iaitu top-of-the-range, Mercedes V-6 S450 L AMG dengan kelajuan tinggi (top speed) 155 batu sejam.

Sangat untong jadi YB dan Exco Kelantan. Duit banyak. Bonus dapat. Kereta Mewah dapat sebiji seorang. Dan kereta tak kena cukai. You dan I…kita orang biasa kan? Duit takde. Bonus tak dapat. Kereta buruk pun kena cukai.

Bila di tanya ngapa 14 kereta Mercedes, Mohd Amar berpendapat maintenance kereta Proton terlalu mahal, tapi maintenance kereta Mercedes murah saje.

Yang dia tak cerita, kos nak servis Mercedes 8 kali ganda kos nak servis Proton Perdana.

Juga, satu brek baru Mercedes MB, mungkin sama kos satu second hand Proton.

Satu tayar baru kereta Mercedes MB, berkali kali ganda lebih mahal dari mas kahwin untuk bini muda.

Lagi pun, kos servis tahunan kat worksyop Mercedes dapat tanggung hidup dua atau tiga bini muda selama setahun.

Agaknya, pemimpin Kelantan akan servis Mercedes di bengkel Mat Rempit, di bawah pokok ru.

Bila kita tak percaya yang maintenance Mercedez murah, Mohd Amar tukar taktik dan ia kata, pemimpin perlu Mercedes, untuk keselamatan mereka.

Keselamatan?

Mercedes nak lindung pemimpin Kelantan dari siapa?

Dari komunis? Dari G25? Dari DAP? Dari pihak liberal?

Boleh ke kereta Mercedes MB tahan serangan kimia, tembakan peluru dan bom, seperti kereta presiden Trump?

Mungkin Mercedes MB macam kereta James Bond, boleh masuk air. Ini penting bila masa bah, di negeri Kelantan.

Kita selalu di beritahu yang Kelantan negeri miskin tetapi gaya hidup pemimpin Kelantan beri anggapan yang rakyat Kelantan mewah saje.

Itulah di namakan “Mercedes-Islam”, yang terdapat di Kelantan, dimana kehendak rakyat di ketepikan, dan kepentingan pemimpin di utamakan.

Komen
0Shares

Leave a Comment