Buku Harian Thaqif
Al-Fatihah…
Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11, meninggal dunia di Hospital Sultan Ibrahim di Johor Bahru jam 2.05 petang ini,
Dia masuk hospital seminggu lepas pada 19 April. Ia telah di pukul dengan paip getah, dan kedua dua kaki nya bengkak dan jangkitan kuman telah merebak.
Kedua kaki nya terpaksa di potong. Pada hari Sabtu, Thaqif di sahkan koma, dan doktor beritahu kelaurga nya yang tangan kanan nya juga terkena jangkitan kuman merebak dan mungkin juga, terpaksa di potong.
Hari ini, doktor menyediakan Thaqif untuk pembedahan, supaya nyawanya dapat di selamatkan. Malang nya, Thaqif telah meninggal dunia.
Kami ada beberapa soalan penting yang patut di jawab oleh pihak pihak berkenaan.
- Ini adalah sebuah sekolah agama swasta. Sekolah ini tidak berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pelajaran dan hanya di daftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri. Mengapa? Siapa yang bertanggung jawab jika sesuatu kejadian berlaku?
2. Kementerian yang mana satu memeriksa nilai-nilai persekolahan ini?
3. Adakah menyeksa dan memukul kanak-kanak hukuman yang biasa?
4. Kementerian yang mana satu memastikan sekolah ini melaksanakan garis panduan yang ketat, kod kelakuan dan amalan yang baik. di perlaksanakan?
5. Siapa yang bertanggungjawab keatas kebajikan murid-murid dan kakitangan di sekolah-sekolah tahfiz? Kementerian Pelajaran? JAKIM? Jamil Khir Baharom? Adakah latar belakang guru-guru dan kakitangan biasa, di siasat untuk mengetahui jika mereka bekas pencuri, atau telah melakukan jenayah dan telah keluar dari penjara? Penyiasatan ini patut termasuk jenayah serangan seks.
6. Siapa gabenor sekolah ni? Ada kah Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang aktif ? Siapa menyiasat keadaan asrama, tandas, dan penyediaan makanan dalam sekolah ini? Jabatan mana yang menyemak kurikulum sekolah ni?
7. Ibu bapa yang lain tak bimbang ke yang kanak-kanak mereka juga berisiko? Tidak kesah jika anak mereka di sekolah Thaqif, atau di sekolah yang lain.
8. Adakah ibu bapa takut untuk berhadapan dengan guru-guru sekolah agama? Adalah indoktrinasi kami begitu kuat, yang kami takut mempersoalkan guru kerana kami akan di anggap “menentang Islam”?
9. Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Johor, Abd Mutalip Abd Rahim, mendakwa sekolah agama persendirian Thaqif adalah salah satu institusi yang terkemuka di negeri ini. Ini amat merisaukan. Kalau sekolah ini bagus, apa tah lagi, sekolah-sekolah lain?
10. Mengapa guru besar, guru-guru lain, dan kakitangan sekolah tak sedar yang kanak kanak telah dipukul?
Kesemua soalan ini dan juga yang lain, mesti di jawab, dan tindakan di ambil.
Kami terhutang budi pada Mohamad Thaqif yang telah memberi nyawa nya supaya kanak-kanak yang lain, akan dapat pendidikan dalam suasana yang selamat.
Credits: Thaqif diary excerpts: Facebook.
Al-Fatihah by Malaysiakini
Leave a Comment