Banyak syarikat negara Cina terlibat, dalam projek yang berbilion ringgit, di Malaysia. Projek pembinaan, hartanah, pelabuhan dan Projek Keretapi Pantai Timur.
Soalan nya, berapa syarikat, dikecualikan daripada membayar cukai GST?
Rakyat Malaysia, macam anda, dan saya, terpaksa bayar GST.
Syarikat tempatan, mesti bayar GST.
Tapi, syarikat negara Cina, tak perlu bayar GST. Mengapa?
Syarikat negara Cina, guna pekerja yang berasal dari negara mereka. Alasan yang di beri, pekerja mereka cakap Mandarin.
Tapi, ramai juga rakyat kita, boleh cakap Mandarin.
Maknanya, peluang kerja tak di beri pada jurutera, graduan universiti dan pekerja biasa.
Lagi satu. Syarikat-syarikat ini, guna peralatan mereka sendiri, dan juga, impot bahan-bahan pembinaan, seperti simen, skru dan dawai, dari negara Cina.
Ini tidak membantu ekonomi Malaysia. Peniaga tempatan akan rugi, jika semua bahan dan bekalan, di bawa masuk, dari luar.
Di Gebeng, Pahang, pekerja negara Cina tinggal di belakang “Tembok Besar Cina”, dalam perkampungan mereka sendiri, siap sedia dengan tukang masak, dari negara mereka.
Tembok ini, di kawal oleh sekuriti guard, dari negara Cina. Adakah mereka tak percaya, sekuriti gard tempatan?
Rakyat Malaysia keturunan Cina, selalu di gelar “pendatang” dan di suruh “balik Tongsan”; tetapi Najib sendiri, yang buat Malaysia, seolah-olah tanah jajahan negara Cina. Apa hal ni?
Tanah kita dijual murah kepada syarikat negara Cina. Sistem pengangkutan, pelabuhan dan landasan keretapi, dibina dan dikawal oleh syarikat negara Cina.
Berapa juta ringgit, mengalir keluar, ke negara Cina?
Najib beri layanan khas pada mereka.
Malang nya, anak cucu kita, yang terpaksa bayar hutang Najib, ke negara Cina, pada masa yang akan datang. Kita membebankan hidup mereka. Kecuaian Najib mesti di hentikan
Kuasa, di tangan anda.
Keluar undi dalam PRU-14, dan Selamatkan Malaysia.
Note: Thank you all my FB friends with their posters and tips…your help is much appreciated.
Lawan Tetap Lawan…..Onwards and upwards.
Leave a Comment