Najib: Dari PM ke Kleptokrat, dari BossKu ke Pembuli Pelajar

Pada 22 hb Februari, bekas PM, Najib Abdul Razak berkata yang kebajikan pelajar akan menjadi salah satu tumpuan utama nya, jika BN dapat mentadbir semula negara.

Semasa ia di jemput ke majlis bersama pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Najib menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) kembalikan dasar bagi membantu pelajar secara kewangan.

Semenjak kekalahan PH di pilihan raya kecil di Cameron Highlands dan Semenyih, Najib telah bangkit semula, menguasai media sosial dan mengguna jenama ‘MaluApaBossku’.

Ia pandai mengeksploitasi orang Melayu, dan cuba mengalu alukan pelajar di mana saje ia pergi.

Yang pelik tu, pelajar universiti mudah lupa ke?

Najib telah mengecewakan pelajar

Najib telah mencuri duit rakyat dari tabung negara  dan ini akan membebankan generasi rakyat yang akan datang, kerana hutang negara mesti di bayar.

Pelajar universiti tempatan termasuk UKM, sepatutnya dah baca berita tentang skandal 1MDB.

Pentadbiran di bawah Najib telah penuh korupsi, dan skandal. Saya pasti pelajar bimbang yang rasuah akan menghancuri negara.

Semasa Najib jadi  PM, universiti tidak membenarkan ceramah oleh ketua parti pembangkang Anwar Ibrahim. Kartunis Zunar pun, tidak di benar masuk universiti, untuk memberi ceramah atau pameran.

Pada 2014, jalan masuk ke Universiti Malaya di tutup dan saluran letrik ke kampus, di putus supaya Anwar tidak dapat beri ceramah dan terpaksa berdiri di atas lori, memberi ucapan nya.

Ramai pelajar telah di gantung pengajian dan di denda. Pelajar seperti Adam Adli dan Fahmi Zainol di tangkap, kerana berani bercakap benar. Jangan lupa pelajar Anis Syafiqah Md Yusof dan lain2 pelajar yang terlibat dalam perhimpunan “Tangkap MO1”

Najib tak mansuhkan AUKU

Kalau ya najib ingin nak tolong pelajar, mengapa sebagai PM, dia tak mansuh Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) iaitu Universities dan University Colleges Act?

Di luar negara, pelajar tidak di benarkan menyertai demonstrasi atau ceramah pihak pembangkang atau pun ceramah oleh Bersih.

Pelajar takut kerana ada dakwaan yang anggota Special Branch mengintip urusan pelajar di luar negara. Surat dari kementerian beri amaran memotong biasiswa, pada pelajar yang menyertai ceramah2 ini.

Kalau ada ceramah tentang 1MDB oleh Tony Pua, atau Clare Rewcastle-Brown dari Sarawak Report, yang selalunya diadakan di  universiti di London atau di Sydney, cuma pelajar swasta yang tidak menerima biasiswa kerajaan, yang berani datang.

Pada awal tahun 2016, Najib telah mengumumkan penggantungan biasiswa JPA untuk  pengajian tempatan dan luar negara, kerana dia kata, ekonomi merosot dan kerajaan kurang duit. Yang dia tak cerita, tentang duit hilang kerana 1MDB dan skandal FELDA, FELCRA, EPF, MARA  dan lain2 lagi penyelewengan duit.  Cuma biasiswa JPA di gantung tetapi biasiswa MARA tidak.

Mungkin juga pelajar lupa skandal pembelian hartanah MARA di Australia pada tahun 2015. 

Jadi, sekarang ni, jangan lah nak percaya sangat pada Najib apabila dia kata BN akan menolong pelajar, jika parti itu kembali mentadbir negara.

========================================================================

Kumpulan samseng ahli majlis tertinggi Umno-Baru 

Pada 22 Mac, penyokong Najib Razak termasuk  Ahli Majlis Tertinggi Umno-Baru Lokman Noor Adam dan Ketua Umno-Baru Bahagian Petaling Jaya Mutalif Abdul Rahim, telah menyerang, mencarut, memaki, mencekek dan memukul, sekumpulan pelajar Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany).

Pelajar-pelajar tersebut berdiri di seberang jalan berhampiran tempat di mana Najib menghadiri satu program. Mereka memegang plakad yang antara lain tertera perkataan “Najib Tak Malu” dan “Pulangkan Duit Rakyat”, selain karikatur menyindiri Najib berwajah badut.

Ini gambar-gambar serangan samseng dari Umno-Baru.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Photo and Image Credits: Alternative media, FB friends and Fahmi Reza

Komen
0Shares

Leave a Comment