Najib: Enjoy lah sekarang, sebelum pindah kediaman ke Bamboo River Resort, selepas perbicaraan SRC International

Bekas perdana menteri, Najib Abdul Razak, yang juga digelar MO1 dan kleptokrat yang paling teruk seluruh dunia, akan ke mahkamah pada 3 April 2019.

Ya betul, Najib cuba menunda perbicaraan sehingga PRU-15, tapi dia gagal.

Yang amat pelik, ramai pemimpin-pemimpin Umno-Baru dan juga orang Melayu, masih sokong lagi Najib. Mereka ni tak ada maruah ke? Mereka masih tak sedar pelbagai dakwaan mengenai Najib.

Najib pemimpin Umno-Baru/BN dan juga PM yang buat kali pertama dalam sejarah Malaysia, bukan saje kalah dalam pilihan raya umum, tetapi ia ke mahkamah di atas tuduhan rasuah, pengubahan wang haram, dan pecah amanah jenayah.

Pemimpin yang takde integriti dan tak bertanggung jawab, telah membebankan generasi rakyat Malaysia yang akan datang.

Dia perintah yang skandal skandal di tutup

Semasa ia berkuasa selama sembilan tahun, tiap tiap skandal telah di tutup dengan bantuan beberapa orang seperti, bekas IGP, Khalid Abu Bakar, supaya rakyat tak tahu tentang skandal2 ini.

Selapas 9 Mei tahun lepas, seluruh dunia dapat membongkar segala skandal yang ia telah sembunyi ketika ia berkuasa.

Apa yang kita tahu, cuma sedikit sahaja. Banyak lagi bukti belum di terbitkan.

Selepas PRU-14, rumah-rumah Najib telah di serbu dan di geledah oleh pihak polis.

Beratus juta ringgit ditemui dalam RM dan beberapa mata wang asing yang di simpan dalam beg dan juga kotak.

Pelbagai barang kemas, beg tangan mewah seperti Birkin, yang kos nya berjuta juta ringgit dan juga jam mewah, yang di miliki isteri nya, yang memberi gelaran pada dirinya, sebagai FLOM atau First Lady of Malaysia, telah juga di rampas oleh polis.

Media di ancam

Jangan fikir yang Najib tu baik sangat. Bila ia berkuasa, media tidak dapat melaporkan tentang skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Media yang berani berbuat demikian telah di tutup dan wartawan media itu, di ancam, tidak dibenar menghadiri sidang akhbar, atau mereka di penjarakan. Permit percetakan akhbar, juga di batal.

Semasa ia berkuasa, sesiapa yang mengkritik nya, dan juga pentadbiran nya telah di tangkap polis. Bekas KPN atau IGP Khalid lebih suka menjaga laman twitter, dan tak bimbang kes jenayah yang telah meningkat dalam masyarakat.

Portal atas talian seperti Malaysia Insider, dan Sarawak Report, yang berani siarkan berita tentang 1MDB, telah di blok dan ada juga, seperti Malaysia Insider, terpaksa tutup operasi.

Di bawah pentadbiran Najib, beberapa orang telah hilang, dan juga hilang nyawa. Kes perkauman dan kes keagamaan, yang juga meningkat, merisaukan rakyat.

Dia masih cuba nak tunda tarikh perbicaraan

Tapi sekarang, setalah Umno-Baru kalah dalam PRU-14, Najib tahu yang dia tak boleh elak lagi masa yang ia terpaksa pergi ke mahkamah. Peguam nya telah beberapa kali cuba membatalkan, menangguhkan dan juga tunda masa ia hadir di mahkamah.

Sementara menunggu kes nya di bicarakan, Najib telah ambil peluang nak mengubah imejnya. Ia masih dapat liputan media dan ia telah pandai mengguna media sosial untuk memberi imej Bossku yang tak tahu rasa malu itu.

Di negara yang lain, pemimpin yang mencuri duit rakyat, sudah lama di bicarakan dan masuk penjara.

Masa yang rakyat Malaysia telah menunggu, akan tiba pada hari Rabu 3 April.

Sekarang, di bawah pemerintahan PH, media akan bebas melaporkan apa yang harus di terbit dalam perbicaraan yang telah di gelar, The “Greatest Show on Earth”, atau pun, “Pertunjukan Terbesar di Dunia”, pada hari itu.

Najib patut enjoy masa bebas nya sekarang, sebelum ia terpaksa pindah kediaman ke Bamboo River Resort.

Credit: Fahmi Reza, Zunar, Facebook friends and various alternative media.

With apologies to genuine dog owners.

Comments

Leave a Comment