Pelajar yang menipu dalam ujian sekolah berbuat demikian kerana dia tak kosa belajar dan nak lulus tanpa buat kerja.
Pencuri ambil duit dan harta orang kerana ia malas, dan nak hidup senang tanpa kerja. Orang lain yang berusaha, tapi pencuri yang untung.
Pencuri dan penipu mesti di tangkap.
PRU-14 jatuh pada 9 Mei.
Kita tahu yang Perdana Menteri takut. Kalau dia kalah, rakyat akan hadiahkan dia kediaman baru di Sungei Buloh.
Rakyat marah kerana MO1 lelong tanah air kita, ke negara Komunis Cina.
Duit rakyat di curi. Di guna untuk beli berlian merah jambu. Anak tiri nya beli rumah mewah di Amerika Syarikat dan England. Berbillion ringgit disimpan bank merata dunia.
MO1 sedar yang rakyat tak suka dia dan isteri nya. Duit kita dia ambik, lepas itu dia cekik kita lagi, dengan GST.
Selagi dia ada duit, dia boleh beli undi dan beli orang.
Apa akan berlaku, bila duit dah habis?
Dia tahu dia akan kalah, Sebab tu, dia tipu dalam PRU.
Dia gunakan SPR. Sekarang terdapat ramai undi hantu. Butir-butir pengundi telah di tukar. Gerrymandering. Calun Pakatan di halang mendaftar.
Registrar of Societies (ROS) asik tukar peraturan untuk kempen dalam PRU-14, sengaja nak mengelirukan party pembangkang. Tapi, penyelewengan dalam pemilihan Umno-Baru, di mana parti melanggari perlembagaan sendiri, di benarkan.
MO1 takut rakyat. Itu sebab dia pecat bekas timbalan nya, Muhyiddin Yassin dan juga bekas hakim negara Ghani Patail.
Orang yang kritik dia, di tangkap polis. Tapi kertas khabar Amerika The Wall Street Journal, dan The Economist, yang tuduh dia mencuri, dia tak berani kejar. Seperti juga magazine Indonesia, bernama Tempo.
Semalam pesawat Dr Mahathir telah di sabotaj bagi menghalangnya hadir ke pusat penamaan calon, di Langkawi.
Saya tanya sekali lagi. “Siapa yang takut kalau Dr Mahathir dan Pakatan Harapan menang?”
Siapa lagi?
Nota: Dakwaan yang dibuat dalam video ini di perincikan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat dan telah dilaporkan dalam The Wall Street Journal (WSJ), Sarawak Report (SR) dan pelbagai penerbitan.
Leave a Comment