Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan mengkafirkan negara Malaysia!?

Cicit Tunku Somar ingin beri pandangan nya tentang pemikiran beberapa orang Melayu, yang di pergunakan oleh mereka yang memperlacurkan agama Islam.

Ia menyeru orang Melayu cepat keluar dari dunia khayalan mereka, dan kata “…Oleh kerana sibuk membinasakan orang lain, maka terbuang sudah masa untuk mengangkat darjat bangsa Melayu; terbuang sudah peluang untuk mengangkat martabat agama Islam dengan cara membina…”

__________________________________________________________________

PARTI TINDAKAN DEMOKRATIK (DAP) AKAN MENGKAFIRKAN NEGARA MALAYSIA!?

Cicit Tunku Somar: “Ini merupakan fitnah besar yang akan terus menghancurkan Melayu sendiri.

Cara yang paling berkesan untuk menguasai orang Melayu adalah melalui emosi.

Apabila mereka dijolok dengan propaganda murahan, maka api kemarahan dan kebencian akan membuatkan Melayu hilang kemampuan untuk berfikir dengan kukuh.

Strategi ini telah lama digunapakai para elitis yang menyandang politik kotor dan memberi perlindungan kepada mereka yang memperlacurkan agama Islam.

Ajaran yang sering dikaitkan dengan hadith atau sunnah, walau tidak masuk akal, tidak langsung disemak atau disahkan oleh “pengikut” Melayu.

Bagi mereka, Islam sekadar unit dagangan yang mereka perdagangkan untuk mendapat keuntungan sendiri dalam bentuk wang, kekayaan dan kuasa melampau.

Quran 3:77. Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji (nya dengan) Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak mendapat bahagian (pahala) di akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan melihat kepada mereka pada hari kiamat dan tidak (pula) akan mensucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih. [Kementerian Agama Republik Indonesia]

Quran 3:78. Sesungguhnya diantara mereka ada segolongan yang memutar-mutar lidahnya membaca Al Kitab, supaya kamu menyangka yang dibacanya itu sebagian dari Al Kitab, padahal ia bukan dari Al Kitab dan mereka mengatakan: “Ia (yang dibaca itu datang) dari sisi Allah”, padahal ia bukan dari sisi Allah. Mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui. [Kementerian Agama Republik Indonesia].

Quran 2:79. Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya; “Ini dari Allah”, (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang mereka kerjakan. [Kementerian Agama Republik Indonesia]

Melayu yang ketagihkan pahala

Dengan laungan “selamatkan Islam”, atau “cegah maksiat”, terlalu mudah untuk memancing Melayu yang ketagihkan pahala senang yang dijanjikan oleh pemimpin-pemimpin maksiat ini.

Akibatnya, ramai orang Melayu-Islam terperangkap di dalam sangkar kekeliruan yang akan menghancurkan masa depan ummah itu sendiri.

Quran 6:116. Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah). [Kementerian Agama Republik Indonesia]

Mereka tidak sedar, kerana dibuai kelalaian emosi. Melayu bukan-elitis ini akan menjadi hamba mainan di bawah kawalan orang-orang elitis Melayu dan bukan Melayu.

Hamba politik-agama ini akan lumpuh akal fikiran kerana tidak berpelajaran, dan lumpuh ekonomi kerana tidak mampu berdikari atau mencari nafkah. Akhirnya mereka akan terus rebah.

Quran 8:22. Sesungguhnya binatang (makhluk) yang seburuk-buruknya pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli yang tidak mengerti apa-apapun. [Kementerian Agama Republik Indonesia]

Bangsa bangsat yang terkebelakang

Sebenarnya, Melayu tidak wujud di dunia untuk menjadi bangsa bangsat yang terkebelakang.

Mereka sebenarnya tidak perlukan tongkat. Mereka ada potensi, atau keupayaan terpendam. Hanya, ia tenggelam di bawah kepercayaan mundur diri.

Melayu termakan umpan rasa rendah diri yang melampau (inferiority complex).

Mereka terbiasa dengan suapan kata-kata ulama palsu, yang sebenarnya menjauhkan mereka daripada intipati ajaran yang berdasarkan al Quran.

Quran 25:28. Kecelakaan besarlah bagiku; kiranya aku (dulu) tidak menjadikan sifulan itu teman akrab (ku). [Kementerian Agama Republik Indonesia]

Quran 25:29. Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al Quran ketika Al Quran itu telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mau menolong manusia. [Kementerian Agama Republik Indonesia]

Quran 25:30. Berkatalah Rasul: “Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan”. [Kementerian Agama Republik Indonesia]

Apabila orang Melayu menerima orang bukan Melayu terutama orang Malaysia berketurunan Cina sebagai musuh umum, maka mereka akan memberi tumpuan usaha untuk menjatuhkan musuh ini, sedangkan orang Cina terlalu terkedepan untuk dijatuhkan dengan begitu senang.

Malahan bangsa Malaysia berketurunan Cina ini menumpukan sepenuh usaha untuk memartabatkan masyarakat mereka dari segi pendidikan, ekonomi dan gaya hidup seimbang.

Berada dalam dunia khayalan

Wahai orang Melayu, suatu hari kelak, anda akan dikejutkan dari dunia khayalan ini.

Waktu itu, pasti terlambat untuk anda serta keluarga anda. Oleh kerana sibuk membinasakan orang lain, maka terbuang sudah masa untuk mengangkat darjat bangsa Melayu; terbuang sudah peluang untuk mengangkat martabat agama Islam dengan cara membina.

Pada masa itu, golongan Melayu sederhana yang sedar dan hidup aman damai sebagai Bangsa Malaysia, bukan masyarakat bercerai-berai atau berselisih, pasti akan berada di tahap kemajuan yang jauh terkedepan berbanding anda.

Kami pasti berani menjejaki ilmu dan pengalaman di setiap pelusuk bumi. Janganlah esok berdengki atau cemburukan kami.

Quran 3:105. Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat, [Kementerian Agama Republik Indonesia]

Quran 22:46. maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada. [Kementerian Agama Republik Indonesia]

Bukankah dunia ini dijadikan untuk semua manusia?

Tidakkah Malaysia cukup luas untuk kita hidup sebagai masyarakat yang saling membina?

Quran 55:10. Dan Allah telah meratakan bumi untuk makhluk(Nya). [Kementerian Agama Republik Indonesia]

Quran 16:116. Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung. [Kementerian Agama Republik Indonesia]

Siapakah yang terbantut perkembangan minda dan taraf hidup

Akhirnya, siapakah yang teraniaya? Siapakah yang terbantut perkembangan minda dan taraf hidup?

Siapakah yang tertipu dan mempercayai bahawa pintu syurga akan terbuka luas melalui penindasan dan penganiayaan terhadap orang lain?

Siapakah yang patut dipersalahkan? Melayu sendiri!

Anda penentu masa depan anda sendiri! Anda yang menentukan kegagalan tamadun sendiri!

Quran 34:5. Dan orang-orang yang berusaha untuk (menentang) ayat-ayat Kami dengan anggapan mereka dapat melemahkan (menggagalkan azab Kami), mereka itu memperoleh azab, yaitu (jenis) azab yang pedih. [Kementerian Agama Republik Indonesia]”

Oleh Cicit Tunku Somar

(Artikel ini pandangan peribadi penulis )

______________________________________________________________________

Cicit Tunku Somar

Komen
0Shares

Leave a Comment