Pelajar dan kakitangan universiti, perlu minta kebenaran dari kementerian sebelum mengkritik kerajaan

Kakitangan dan pelajar dari sebuah universiti awam tempatan telah di beri amaran bahawa mereka tidak boleh mengkritik universiti atau kerajaan, dan membuat kenyataan kepada orang awam atau media.

Mengapa?  

Seorang kakitangan yang enggan memberi namanya beritahu yang notis telah di keluarkan oleh unit integriti pejabat naib canselor. Ia berkata, “Nampaknya sekarang kita tidak boleh mengkritik kerajaan.” 

Mereka tidak dibenar menjatuh reputasi universiti atau kerajaan, menunjukkan sebarang kelemahan dalam dasar, memberikan apa-apa bentuk maklumat mengenai fungsi universiti dan menawarkan apa-apa bentuk penjelasan mengenai universiti atau kerajaan.

Mereka hanya boleh bercakap jika kebenaran diperoleh dari kementerian yang berkaitan.

Ini adalah kali pertama universiti itu mengeluarkan notis seperti itu.

Notis nyatakan bahawa kenyataan awam termasuk kenyataan akhbar, ulasan, ucapan dan penerbitan media sosial, secara lisan, bertulis dan apa-apa cara lain.

Walaubagaimanapun notis itu tidak menyatakan hukuman jika kakitangan atau pelajar melakukan kesalahan.

Pendapat aktivis pelajar

Aktivis pelajar, Anis Syafiqah Mohd Yusof, mengkritik notis itu dan berkata, “Ini membuktikan universiti dikawal sepenuhnya oleh kerajaan dan ahli politik.”

Sebelum ini, Anis dan tiga (3) pelajar lain memfailkan saman mencabar kesahan peraturan universiti, yang didakwa melanggar kebebasan bersuara mereka.

Anis digantung selama satu (1) semester dan didenda RM400 oleh tribunal universiti kerana menganjurkan tunjuk perasaan “Tangkap MO1” pada Ogos 2016.

Seorang lagi aktivis pelajar, Tan Jia You, berkata yang amaran universiti tidak ada logik. Is berkata, “Universiti tempat untuk kita belajar bagaimana untuk menyampaikan fikiran kita secara bebas dan berfikir secara kritikal.

“Notis itu melanggar kebebasan akademik”. 

Kerajaan dan universiti takut pelajar universiti yang berfikir

Tindakan ini menunjukkan yang pengurusan universiti dan juga kerajaan enggan menggalak keupayaan berfikir. 

Seorang pelajar berkata, “Universiti tempat untuk menghasilkan rakyat berpemikiran kritikal. Bagaimanakah institusi ini boleh dianggap sebagai universiti?”

Kawan nya berkata, “Macam mana nak harapkan pendidikan dan universiti negara kita mencapai taraf dunia? Mereka mahu kami berkelakuan seperti robot, atau Pak Turut!”

Seorang graduan berkata, “Amaran ini melumpuhkan ucapan bebas. Kebetulan mereka takut kuasa pelajar.”

Komen
0Shares

Leave a Comment