Sebut saja nama Umno-Baru, dan apa yang anda fikirkan?
Ya. Umno-Baru sinonim parti pencuri, rasuah, gila kuasa, kuat bodek dan parti yang sokong pencuri.
Minggu lepas, Ketua Pemuda Umno-Baru, Khairy Jamaluddin, mengakui partinya kalah teruk, kerana mereka bodoh. Mereka telah menipu diri sendiri, dan menafikan realiti.
Khairy cadangkan Umno-Baru berubah, secara besar-besaran.
Tapi, macam mana rakyat nak percaya lagi, pada Khairy atau pun Umno-Baru?
Rakyat kritic, dan polis tangkap
Rakyat sudah lama kritik Umno-Baru, tetapi menteri tak mahu dengar. Mereka yang berani kritik pemimpin, di tangkap polis, di kena dakwaan hasutan, di bawa ke mahkamah, di denda dan di penjarakan.
Kita dah lama sedar amalan budaya feudal dalam Umno-Baru. Pemimpin parti hidup kaya-raya, rumah besar, dan mempunyai banyak kereta mewah.
Pemimpin buat pekak dan buta. Mereka tak kenal penderitaan rakyat, di buat GST. Ramai yang tak mampu bayar tambang bas anak ke sekolah, atau teksi ke klinik, bila sakit.
Pemimpin Umno-Baru, angkuh dan sombong. Jawatankuasa parti, tidak berani bersuara terhadap pemimpin. Samseng macam Jamal Yunos maharaja-lela, kerana di lindungi di bawah payung Umno-Baru.
Pemimpin Umno-Baru suka menggalakkan isu perkauman dan keagamaan. Mereka pandang rendah pada orang biasa, dan menghina bangsa yang bukan Melayu.
Isyarat yang parti Umno akan kalah, ditolak oleh Khairy
Yang pelik nya, Khairy kata memang ada isyarat yang jelas, parti nya telah di tolak oleh akar umbi dan rakyat, tetapi Khairy kata menteri serakan Umno-Baru/BN, tak sedar akan isyarat itu.
Sebenarnya, bukan mereka tak sedar. Semua ketakutan.
Takut hilang jawatan. Takut hilang dedak. Takut hilang kuasa. Takut hilang kepentingan masing-masing.
Dan, takut di pecat, seperti mantan naib PM, Muhyiddin Yassin dan juga Shafie Apdal.
Semalam, Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein dan Tengku Adnan Tengku Mansor, kata mereka tak sedar akan dakwaan ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tentang 1MDB. Mereka dan juga Khairy pura-pura, dan buat tak tahu, kerana, nak elakkan hukuman.
Setelah SPRM dan polis habis siasat kes 1MDB, bekas menteri-menteri yang menafikan pengetahuan, tentang kecurian duit rakyat, mungkin tidak akan di dakwa. Ini yang mereka harapkan.
Seluruh dunia, tahu tentang 1MDB, tapi mantan menteri Umno-Baru, buat “dunno”.
Rakyat dah kena tipu. Duit rakyat lesap. Kalau lah Umno-Baru di bangkitkan sekali lagi, perangai pemimpin yang buat masaalah. Berani kah mereka di tegur?
Leave a Comment