
Penerima Anugerah (Kebebasan Bersuara) Wanita Berdaya Harapan Negara, “Be Bold For Change”
Dengan amat bangga nya, saya hendak memaklumkan bahawa pada 20 Mei, 2017, saya, bersama dua rakan perjuangan “perubahan” dan “reformasi” di Malaysia, Puan Maria Chin Abdullah (Aktivis Bersih) dan Cik Anis Syafiqah Mohd Yusof (Mahasiswa), telah menerima “Anugerah Wanita Berdaya Harapan Negara”, dari Wanita Keadilan.
Anugerah saya kategori “Aktivis Kebebasan Bersuara”.
Saya ingin mengucapkan terima kaseh pada Wanita Keadilan, terutama sekali:-
- YB Hjh Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang, Ketua Wanita Keadilan,
- YB Puan Haniza Mohamed Talha, Timbalan Ketua Wanita Keadilan,
- YB Dr Daroyah Alwi, Naib Ketua Wanita Keadilan,
- Puan Carolyn Khor, Pengarah Komunikasi Wanita Keadilan,
- dan seluruh Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP).
Anugerah telah di sampaikan oleh YB Hjh Zuraida, dalam kongres yang telah di adakan di Kongres Nasional Tahunan Wanita Ke-12, di Auditorium, Dewan Sivik MBPJ, di Petaling Jaya.
Ini adalah kali pertama penyampaian “Anugerah Wanita Berdaya Harapan Negara” di adakan dan keputusan telah di buat supaya anugerah ini akan di ulangi pada setiap tahun.
Ucapan Penerimaan Anugerah
“Salam Sejahtera.
Terima kasih Wanita Keadilan, dan semua pihak yang terlibat dalam pencalonan anugerah ini. Saya amat gembira dan berbesar hati untuk menerima anugerah ini, tetapi saya dukacita, tidak dapat bersama tuan-tuan dan puan-puan pada hari ini. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih pada Puan Halida Ali, untuk menerima anugerah ini bagi pihak saya.
Bertentangan dengan kepercayaan popular, saya bukan seorang wartawan. Saya ada lah seorang ahli kimia dan ahli sains bagi kawalan pencemaran alam sekitar.
Pada pengetahuan anda, Malaysia mempunyai seorang lagi aktivis yang juga dilatih sebagai ahli kimia. Aktivis itu ialah kartunis Zunar.
Sebagai chemist, saya meneliti reaksi antara bahan kimia, dalam ujian tiub. Tapi, sekarang, seluruh negara menjadi ujian tiub, di mana saya dapat meneliti dengan kritikal, reaksi antara ahli politik, kaum ulama dan rakyat Malaysia.
Saya berterima-kaseh kepada datuk-nenek, ibu-bapa dan emak saudara, yang telah menggalak saya menulis; tetapi motivasi untuk menulis sepenuh masa, sebagai kolumnis, cuma berlaku pada tahun 2008. Saya rasa marah kerana gadis-gadis Penan di Sarawak, tidak mendapat sebarang keadilan, setelah mereka di rogol oleh pekerja balak. Mereka masih belum menerima keadilan.
Pekerjaan sebagai kolumnis adalah salah satu profesion yang terbaik di dunia. Saya boleh mengkritik dan memberi pendapat dengan sepuas hati. Dengan menggunakan pena sebagai senjata, saya menuntut dua perkara iaitu Keadilan dan Kebenaran. (Truth and justice).
Saya bernasib baik kerana mempunyai editor yang tidak menyekat saya, tetapi semua itu berubah, empat tahun yang lalu.
Mula-mula, editor tidak membenarkan saya menulis tentang Datin Seri Rosmah Mansor. Alasan nya? Terlalu banyak risiko dan mereka takut kena serbuan.
Lepas tu, saya dielakkan dari menulis tentang Perdana Menteri. Kemudian, pada tahun berikutnya, saya dilarang menulis mengenai Islam.
Media alternatif menemui banyak cabaran. Pada tahun 2016, lima daripada penerbitan yang mana saya, sebagai kolumnis, terpaksa ditutup, kerana tarikan ikhlan oleh syarikat swasta.
Wartawan yang bercakap benar, susah hendak mendapat rezeki. Kemungkinan juga, ia ditangkap dibawah akta Hasutan.
Pada saya, senang saje nak mengatasi masaalah sensorship. Saya membentuk dua laman web, iaitu, “Rebuilding Malaysia”, yang dalam bahasa Inggeris, dan “Menyelematkan Malaysia”, dalam Bahasa Malaysia. Dalam kedua laman web ini, saya boleh mengambil pendirian dan menyuarakan isu-isu yang penting.
Menulis tidak membawa kemasyhuran atau kekayaan. Sebaliknya, kebebasan bersuara menjemput perhatian yang tidak di ingini, dari “Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia” dan juga “KTN” ia itu “Ketua Twitter Negara”.
Saya harap tulisan saya dapat menyatukan rakyat dan mencapai perubahan yang penting, untuk membina semula Malaysia.
Kita tidak boleh senyap mengenai isu rasuah dan kerajaan yang zalim. Kita mesti mengambil pendirian. Kita mesti berani mempersoalkan penyalahgunaan kuasa. Saya akan teruskan perjuangan untuk menuntut kebebasan bersuara.
Pemberian anugerah ini sangat bermakna, kerana ia juga menunjukkan persetujuan dan keyakinan tuan-tuan dan puan-puan, pada saya.
Terima kasih”.
Terhutang budi

Thank You Puan Halida and Puan Carolyn
Leave a Comment